awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran besar di Kampung Baru Karak, sekurang-kurangnya 4 rumah kedai musnah

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2021
15:42 MYT
Kebakaran besar di Kampung Baru Karak, sekurang-kurangnya 4 rumah kedai musnah
Young Syefura Othman, berkata beliau menerima maklumat berkaitan kejadian itu dan berharap tiada kemalangan jiwa. - Gambar/ FB Young Syefura Othman
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran besar di Kampung Baru Karak di Karak, malam ini, dengan bomba masih berusaha memadamkannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, berkata beliau menerima maklumat berkaitan kejadian itu dan berharap tiada kemalangan jiwa.
"Saya mendapat berita tentang satu kebakaran yang sedang berlaku kini di Kg. Baru Karak. Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus lumus memadam api pada ketika ini. Saya doakan tiada kemalangan jiwa berlaku dan semuanya baik-baik sahaja," katanya dalam laman Facebooknya, kira-kira jam 11 malam tadi.
Sementara itu, berdasarkan perkongsian di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku jam 10 malam dan belum berjaya dipadam sepenuhnya sehingga jam 11 malam tadi.
Sumber Facebook ILOVEPAHANG
Melalui video yang dikongsi di media sosial, kelihatan api marak dan beberapa letupan berlaku dengan bomba berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.
Turut kelihatan beberapa letupan seperti bunga api di udara di kawasan berkenaan yang didakwa sebagai mercun. Bagaimanapun, sehingga kini pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Sumber Facebook mohdhuzairie.ahmad
Astro AWANI akan mendapatkan kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai kejadian itu termasuk bilangan unit yang musnah selain punca dan nilai kerugian.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#kampung baru karak
#letupan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan