awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: 85 pemilik rumah dibenarkan pulang mulai malam ini - MB

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/04/2025
09:25 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: 85 pemilik rumah dibenarkan pulang mulai malam ini - MB
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (dua, kanan) semasa sidang media mengenai perkembangan berkaitan kejadian kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights pada Selasa lalu. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Seramai 85 pemilik rumah di Taman Harmoni, Putra Heights, di sini yang terkesan akibat kebakaran saluran gas pada Selasa dibenarkan pulang mulai malam ini selepas keselamatan kawasan tersebut disahkan oleh pembekal utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerja-kerja pemulihan berjalan lancar termasuk penyambungan semula bekalan elektrik dan air ke rumah-rumah yang disahkan selamat untuk didiami.
"Pihak Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah akan memaklumkan kepada setiap pemilik-pemilik itu dan diberikan peluang kepada mereka mulai hari ini (Khamis)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan 39 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), di sini pada Khamis.
Bagaimanapun Amirudin memberitahu, perumahan di Kampung Kuala Sungai Baru masih belum boleh dihuni kerana mengalami kerosakan yang lebih teruk dan memerlukan proses pembaikan sebelum penduduk dapat kembali.
Menurut beliau, daripada 235 rumah rosak didapati terdapat 105 telah diisytiharkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), setakat Khamis dengan hanya 85 rumah berkenaan yang telah mendapat bekalan air.
“Dari semasa ke semasa, kita akan lihat dan bagi ruang kepada mereka untuk pulang ke rumah masing-masing," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Amirudin Shari
#mangsa dibenar pulang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan