NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: IWK tawar pengecualian bil kepada penduduk terjejas

Pengecualian diberikan bagi tempoh bil dari April hingga Disember 2025, dengan semakan semula akaun pada Januari 2026.
KUALA LUMPUR: Syarikat pembetungan nasional Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menawarkan pengecualian 100 peratus bil pembetungan dan perkhidmatan pengosongan tangki septik secara percuma kepada penduduk terjejas dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Ringkasan AI
- IWK menawarkan pengecualian 100 peratus bil pembetungan dan perkhidmatan pengosongan tangki septik secara percuma kepada penduduk terjejas.
- Pengecualian diberikan bagi tempoh bil dari April hingga Disember 2025, dengan semakan semula akaun pada Januari 2026.
- IWK komited membantu meringankan beban mangsa dan memastikan sistem pembetungan terus terpelihara.
"Sebagai langkah tambahan, siasatan tapak juga akan dilaksanakan semula bagi mengenal pasti premis yang sesuai untuk tujuan pengebilan, sekali gus menilai keperluan untuk melanjutkan atau menamatkan bantuan berdasarkan hasil semakan dan status pemulihan pada masa tersebut," menurut kenyataan itu.
Mengenai perkhidmatan pengosongan tangki septik secara percuma, IWK memaklumkan ia ditawarkan kepada pengguna yang telah membuat penjadualan perkhidmatan tersebut bagi tempoh sama.
KEBAKARAN-IWK (BIL) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IWK Narendran Maniam dalam kenyataan sama berkata IWK komited membantu meringankan beban mangsa dan prihatin terhadap kesulitan dialami penduduk terjejas.
"Pada kesempatan ini, IWK ingin menzahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa yang terjejas dan mendoakan agar proses pemulihan berjalan lancar serta kesejahteraan komuniti di Putra Heights dapat dipulihkan seperti sediakala," katanya.
Menurut Narendran, inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu bertujuan meringankan sedikit beban penduduk setempat, selain memastikan sistem pembetungan di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru terus terpelihara.
Untuk maklumat lanjut mengenai insiatif bantuan berkenaan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan IWK di talian 03-2083 2828 atau emel ke [email protected].
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami