NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Laporan penuh insiden diketahui Jun ini

Lima spesimen dari lokasi kejadian telah dikeluarkan dan sedang dianalisis oleh JKKP untuk mengenal pasti punca kejadian. -Gambar fail/Bernama
SEPANG: Laporan penuh insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, di Subang Jaya, Selangor pada 1 April lalu dijangka diketahui dan dibentangkan pada penghujung Jun ini.
Ringkasan AI
- Laporan penuh insiden kebakaran paip gas di Putra Heights dijangka dibentangkan pada penghujung Jun, melibatkan siasatan oleh JKKP dan PDRM dengan bantuan SIRIM.
- Lima spesimen dari lokasi kejadian telah dikeluarkan dan sedang dianalisis oleh JKKP untuk mengenal pasti punca kejadian.
- Eskavator yang terbenam akibat letupan belum dikeluarkan kerana kerja menstabilkan tanah masih dijalankan, dan pengeluarannya akan dilakukan pada masa yang sesuai.
"Siasatan berhubung kecuaian dan khianat dalam kes letupan gas ini telah selesai, namun dapatan penuh dijangka akan diketahui pada penghujung Jun ini.
"Pihak polis masih menunggu siasatan penuh yang kini di bawah kendalian JKKP dan dibantu oleh SIRIM.
"Dalam masa sama, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak Petronas telah berjaya mengeluarkan spesimen dari lokasi kejadian," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.
Kata beliau, lima spesimen telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan terakhir pada 8 Mei lalu.
Jelas beliau, analisa lanjut membabitkan lima spesimen tersebut sedang dilaksanakan oleh JKKP.
Menurutnya, analisa melibatkan spesimen yang berjaya dibawa keluar itu merupakan satu perkara paling penting bagi mengenal pasti dan mendapatkan punca kejadian.
Ditanya mengenai eskavator yang terbenam akibat letupan dalam kejadian itu, Hussein berkata, kerja-kerja mengeluarkan bangkai jentera itu masih belum dilakukan.
Beliau berkata, meskipun sudah mengetahui kedudukan jentera pengorek tersebut, tetapi ia belum dapat dilaksanakan kerana kerja menstabilkan tanah sedang dilakukan selepas kerja pengorekan mencari spesimen.
"Kerja pengorekan membawa keluar eskavator itu akan dilaksanakan pada masa sesuai nanti, selepas kerja-kerja pemulihan selesai.
"Biarpun ia bukan satu keutamaan, tetapi kita tidak boleh mengetepikan perkara ini bagi proses siasatan," ujarnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami