NATIONAL
Kebakaran gas Putra Heights: Pembersihan di Kampung Kuala Sungai Baru selepas dapat kebenaran

Suasana di sekitar kawasan terjejas susulan insiden kebakaran saluran paip gas kembali sibuk sejak pagi ini dengan pelaksanaan Ops Mega Pembersihan yang dijalankan secara besar-besaran di Kampung Kuala Sungai Baru. - Foto Bernama
SUBANG JAYA: Kerja-kerja pembersihan di Kampung Kuala Sungai Baru susulan insiden kebakaran paip gas dua minggu lalu, hanya dapat dimulakan hari ini selepas kebenaran diberikan oleh pihak polis.
Ringkasan AI
- Kerja-kerja pembersihan di Kampung Kuala Sungai Baru dimulakan hari ini selepas mendapat kebenaran polis.
- Kampung dibina tanpa pelan pembangunan rasmi, menyukarkan kerja pembersihan berbanding kawasan perumahan yang lebih sistematik.
- Sebanyak 4,600 kakitangan dan 264 jentera berat digerakkan dalam operasi dua hari untuk membantu penduduk.
"Kebenaran diberi kira-kira tiga hari lepas, jadi ada (penduduk) sudah mulakan pembersihan. Sebab itu hari ini kita gerakkan operasi untuk bantu penduduk di kawasan terbabit. Kerja-kerja pembersihan hanya dijalankan di luar rumah dan kawasan sekitar, melainkan kalau ada permintaan daripada pemilik rumah.
"Kawasan Kampung Kuala Sungai Baru dibangunkan bukan dengan kaedah (pelan) perumahan yang tersusun, tidak seperti di Taman Putra Heights dan Taman Putra Harmoni. Ini menyukarkan pasukan penyelamat dan sukarelawan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan," katanya selepas melancarkan Ops Mega Pembersihan, pada Sabtu.
Bukan itu sahaja, Amirudin juga memaklumkan kawasan kampung itu adalah antara lokasi yang mengalami kerosakan paling serius dengan sebahagian struktur rumah tidak selamat untuk dimasuki.
Sejumlah 4,600 kakitangan dan 264 jentera berat digerakkan dalam operasi dua hari anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama pelbagai agensi.
Amirudin berkata, sebanyak 264 unit kenderaan dan jentera termasuk lori water jetter, lori tangki air, lori Roll-On Roll Off (RORO), jentera pengorek kaut, penyapu jalan, mesin pencincang kayu dan kren pengangkat digunakan dalam operasi tersebut.
Tambahnya, setakat ini, 307 kediaman telah dibenarkan untuk diduduki semula dan pihaknya menjangkakan lebih banyak rumah akan dapat diduduki dalam masa terdekat selepas proses pembersihan selesai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami