awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Hutan Simpan Raja Musa berlarutan, 20 ekar masih terbakar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/09/2023
03:58 MYT
Kebakaran Hutan Simpan Raja Musa berlarutan, 20 ekar masih terbakar
Operasi pemadaman kebakaran disambung semula pada jam 8 pagi, disertai 59 anggota daripada pelbagai agensi. - Gambar/ JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Masih terdapat baki 20 ekar kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang memasuki hari ketiga, pada Sabtu.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, operasi pemadaman disambung semula pada jam 8 pagi, disertai 59 anggota daripada pelbagai agensi.
"Perancangan operasi untuk hari ini ialah menggunakan dua unit escavator yang disediakan Jabatan Perhutanan bagi kerja-kerja membuat jalan.
"Selain itu, bagi menghalang api merebak 'fire break' akan dilakukan dan membersihkan saliran air sedia ada serta pemadaman akan menggunakan kaedah 'direct attack' serta 'total floading'," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
JBPM Selangor berkata, Unit Dron turut digerakkan bagi membuat pemantauan keluasan kawasan kebakaran untuk memudahkan pasukan pemadam mencari hotspot yang terdapat di kawasan kebakaran.
Pemadaman kebakaran hutan itu turut disertai, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Pusat Alam Sekitar Global (GEC) dan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN).
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Kuala Selangor
#JBPM
#Hutan Simpan Raja Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan