awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2023
15:20 MYT
Kebakaran kilang akibatkan letupan seperti bunga api
Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad. - Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Kebakaran di sebuah kilang di Bukit Selambau dipercayai turut mengakibatkan letupan seakan-akan bunga api sehingga dapat dilihat jelas oleh pengguna jalan raya dalam kejadian petang Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian pada jam lebih kurang 7.57 petang dan beberapa jentera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.
Menurutnya, setakat ini, tiada maklumat sama ada terdapat mangsa terlibat namun perkara itu akan dikemas kini dari masa ke masa.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya ditugaskan ke lokasi selain bantuan dari BBP Sungai Petani, BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Yan.
"Kita juga mengarahkan agar pasukan bomba sukarela berhampiran ke lokasi kejadian bagi membantu operasi memadam kebakaran," katanya.
Jelasnya, sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah kilang telah terbakar selain letupan bunga api jelas kelihatan di udara berdekatan kawasan kebakaran.
Sehingga kini, pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran di lokasi kejadian.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran kilang
#letupan
#bunga api
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan