awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: Api masih menjulang selepas lebih tiga jam

Bernama
Bernama
01/04/2025
05:30 MYT
Kebakaran paip gas: Api masih menjulang selepas lebih tiga jam
Situasi terkini sekitar laluan menghala ke lokasi kebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini. Laluan menghala ke lokasi kebakaran ditutup kepada orang ramai oleh pihak polis. - Gambar Bernama
SUBANG JAYA: Polis telah menutup jalan masuk ke lokasi kebakaran melibatkan saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, dengan api masih menjulang tinggi walaupun selepas lebih tiga jam kejadian dilaporkan berlaku.
Pemantauan Bernama di Persiaran Harmoni mendapati, pihak polis menutup laluan masuk ke lokasi dan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan terbabit demi keselamatan.
Polis juga meminta orang ramai yang berkumpul di laluan masuk ke lokasi untuk merakam gambar dan video keadaan terkini kebakaran supaya beredar dari situ.
Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa kenderaan bomba, polis dan ambulan dilihat keluar masuk ke lokasi berkenaan.
Seorang wanita yang enggan namanya disiarkan berkata, datuknya yang masih berada di dalam kawasan berkenaan telah dipindahkan oleh pihak berkuasa ke lokasi selamat.
"Saya tidak dapat masuk ke dalam, tetapi dapat menghubunginya (datuk) menerusi telefon, dia beri tahu telah dipindahkan ke kawasan selamat," katanya.
Sementara itu seorang penduduk berdekatan lokasi kejadian, Harban Singh, 70, berkata, kebakaran berlaku sekitar 8.25 pagi tadi semasa beliau sedang bersiap sedia untuk keluar berjoging.
"Pada awalnya kita boleh lihat api menjulang tinggi. Sekarang dah hampir tiga jam, api masih tinggi tapi tidak setinggi yang tadi.
"Bahangnya turut dirasai oleh penduduk kawasan ini. Kami dimaklumkan ada cermin rumah yang dah retak akibat bahang," katanya yang tinggal di USJ 9, Subang itu.
Seorang penduduk Taman Tasik Prima, kira-kira 10 minit pemanduan dari lokasi kejadian, K. Batmawathy berkata, kawasan sekitar rumahnya turut terkesan dengan kebakaran itu.
"Kawasan sekeliling rumah saya diliputi debu pasir akibat letupan. Saya menyedarinya ketika mahu bersiap pergi ke tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#api masih menjulang
#Jalan Putra Harmoni Putra Heights
#paip gas Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan