awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: Insiden tinggalkan kesan mendalam kepada penduduk

Faida Rahim
Faida Rahim
02/04/2025
07:00 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: Insiden tinggalkan kesan mendalam kepada penduduk
Samsuddin Mohd (duduk) dan Woo Wan Heng ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PTPK) Astro AWANI pada Rabu. - Foto Astro AWANI
SUBANG JAYA: Insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini yang menggegarkan negara pada Selasa meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk.
Pesara, Samsuddin Mohd yang menetap di jalan 1/3B memberitahu, masih terngiang di fikirannya bunyi siling bilik tidur yang tiba-tiba jatuh.
“Semalam, siling tiba-tiba jatuh di bilik tidur utama, memang saya terkejut. Yang lain tak nampak sebab keadaan gelap, masih awal pagi lagi. Tak berapa nampak,” katanya.
Samsuddin berkata demikian ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PTPK) Astro AWANI pada Rabu.
Samsuddin yang telah menetap di kawasan perumahan itu selama 15 tahun berharap dapat pulang segera ke rumah secepat mungkin.
“Semalam saya diberitahu operasi siasatan dan pembersihan mengambil masa 72 jam, maknanya dalam tiga hari.
“Saya serah kepada Allah SWT harap-harap cepat dapat balik rumah. Banyak urusan, ramai yang perlu balik bekerja dan anak-anak pun ke sekolah,” katanya.
Manakala seorang lagi penduduk, Woo Wan Heng yang menetap di kawasan sama selama 12 tahun memberitahu rumahnya mengalami kerosakan teruk.
“Bumbung solar rumah saya habis terkeluar. Pagar automatik rumah pun dah senget. Cermin depan pun pecah.
“Saya harap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar kami boleh dapat pulang ke rumah masing-masing,” jawabnya ringkas.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, letupan paip gas bawah tanah yang menggegarkan kawasan penempatan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, telah mencetuskan kebakaran besar sehingga menyebabkan 145 penduduk cedera dengan kebanyakannya melecur akibat bahang api terlampau panas.
Insiden itu turut menyebabkan 300 kediaman mengalami kerosakan, termasuk 78 dilaporkan musnah sepenuhnya, selain lebih 100 kenderaan milik penduduk terjejas, manakala sebahagian penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#mangsa
#kesan mendalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan