awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: Kerajaan diseru tubuhkan jawatankuasa - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2025
10:38 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: Kerajaan diseru tubuhkan jawatankuasa - Hamzah
Hamzah semasa membuat lawatan di PPS Masjid Putra Heights, hari ini. - Gambar Astro AWANI
SUBANG JAYA: Kerajaan disaran menubuhkan jawatankuasa bagi membolehkan mangsa terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, pada Selasa mendapat bantuan serta pampasan kerugian.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga bagi membolehkan mangsa mengetahui dalang sebenar kejadian berkenaan.
"Walaupun mereka menyewa, tetapi bencana dan kemalangan yang mereka hadapi itu sesuatu yang agak menghimpit keadaan. Kemalangan seperti ini akan menyebabkan mereka mengalami gangguan mental dan sebagainya.
"Jika kerajaan menubuhkan jawatankuasa, saya akan cuba membantu berjumpa dengan jawatankuasa untuk membantu mereka dari aspek bagaimana kerajaan dapat menghadapi cabaran yang akan datang, apakah yang boleh diperbaiki, apa yang boleh dibuat dengan lebih baik untuk membantu mangsa bencana atau kemalangan," katanya ketika ditemui pemberita semasa membuat lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Dalam pada itu jelas Hamzah, kerajaan diminta mengeluarkan kenyataan yang senada dari pelbagai peringkat pentadbiran.
Ujarnya, langkah itu dapat mengelakkan gangguan kepada perasaan mangsa insiden berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, letupan paip gas bawah tanah yang menggegarkan kawasan penempatan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, telah mencetuskan kebakaran besar sehingga menyebabkan 145 penduduk cedera dengan kebanyakannya melecur akibat bahang api terlampau panas.
Insiden itu turut menyebabkan 300 kediaman mengalami kerosakan, termasuk 78 dilaporkan musnah sepenuhnya, selain lebih 100 kenderaan milik penduduk terjejas, manakala sebahagian penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Topic Berkaitan
#PPS
#bahang api
#mangsa bencana
#gangguan mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan