Ratusan bukan waris hadir ke pengebumian 11 mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves yang berlangsung hari ini.
Salah satu daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Jumuah berkata salah seorang mangsa merupakan kenalan anaknya.
"Tragedi ini merupakan satu perkara yang menyayat hati, bukan sahaja bagi keluarga atau kenalan mangsa tetapi saya percaya bagi seluruh negara," kata Jumuah.
Pendapatnya turut dikongsi beberapa bukan waris yang ditemui Astro AWANI ketika upacara pengebumian yang mula dihadiri orang ramai sejak jam 4 petang.
"Sedih, cuba bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri yang kena," kata Azman, 38, yang menziarahi lokasi itu untuk memberi penghormatan akhir.
Malah, kelihatan petugas-petugas kawalan trafik menunjukkan rasa sayu dan menahan air mata ketika jenazah-jenazah tersebut tiba satu persatu ke tanah perkuburan.
Sementara itu, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew yang turut hadir upacara pengebumian tersebut meminta supaya semua mengambil iktibar daripada insiden tragik ini.
"Namun, janganlah kita lihat ia (iktibar) dari sudut negatif seperti menunding jari ke pihak tertentu.
"Perkara yang lebih penting adalah mencari cara penyelesaian atau kaedah untuk mengelakkan tragedi sebegini daripada berlaku lagi," kata beliau.
Upacara pengebumian bagi kesemua 11 jenazah selesai pada jam 8.30 malam Jumaat.
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat kritikal
Hafiz Marzukhi
Fri Sep 15 2017
Petugas dan sukarelawan bersiap sedia menunggu 12 jenazah daripada 23 mangsa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terkorban dalam tragedi kebakaran awal pagi semalam, di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah hari ini. - Bernama
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara itu bagi menawarkan bantuan.
ADUN Galas tulis buku dengan mesej, COVID-19 itu benar
Bukan sekadar mahu berkongsi pengalaman, Mohd Syahbuddin harap bukunya boleh beri iktibar dan sedarkan masyarakat bahawa Covid-19 itu benar.
Kisah 'Si Kitol' bukan sindiran, tapi pengajaran untuk semua - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ucapannya pada perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR 2019 semalam 'menyindir' Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kes lesbian: Jangan hina, aibkan pesalah - Hakim Syarie
Hukuman itu juga berbentuk pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pesalah itu sendiri dan masyarakat supaya tidak berlaku lagi.
Kebakaran pusat tahfiz: Bukan waris turut berkongsi kesedihan
Tragedi ini disifatkan ramai suatu kejadian yang menyayat hati, bukan sahaja bagi keluarga atau kenalan mangsa tetapi bagi seluruh negara.
Ambil iktibar kejatuhan UMNO di Kedah bagi hadapi cabaran masa kini - Mahdzir
Anggota UMNO perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan UMNO di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dalam usaha mengukuhkan parti itu dalam menghadapi cabaran masa kini.
Ambil iktibar banjir besar di Pantai Timur - Sultan Kedah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur tidak seharusnya dibiarkan berlalu sebaliknya ia perlu diambil iktibar.