awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran ranapkan puluhan rumah di Sibu

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2013
13:00 MYT
Kebakaran ranapkan puluhan rumah di Sibu
- sumber laman Facebook bomba
Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di Kampung Dato-- antara perkampungan Melayu tertua di Sibu, Sarawak--sekitar jam empat petang tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, sekurang-kurangnya 40 buah rumah kayu musnah, manakala laporan Bernama menganggarkan lebih 100 buah rumah hangus dalam kebakaran.
Ketua Bomba zon Sibu, Penguasa Kanan I Abdul Mutalib Rashid berkata api berjaya dipadamkan pada pukul 7 petang tadi.
Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa, katanya.
Pada jam 10 malam, pasukan bomba masih berada di tempat kejadian untuk memastikan api betul-betul telah padam.
“Kita masih menyiasat punca kebakaran. Setakat ini, kita tahu memang banyak rumah yang terjejas,” kata Abdul Mutalib kepada Astro AWANI.
Menurut Abdul Mutalib lagi, anggaran kebakaran meliputi kawasan 10,000 meter persegi .
“Rumah kayu terlalu dekat dan akibat musim panas dan angin pantai yang kuat, api merebak dengan cepat,” kata Abdul Mutalib.
Menurut laporan Bernama, penghulu Kampung Dato, Hussain Abdul Rasit berkata kira-kira 600 orang mangsa telah didaftarkan dan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Abang Ali berdekatan kampung itu.
Walaupun, punca kebakaran masih belum diketahui.
Ketua polis daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah.
Topic Berkaitan
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan