Kebakaran SK Padang Melangit: Jabatan Pendidikan Perlis diminta ambil tindakan segera

Sebuah bangunan lapan bilik di SK Padang Melangit, Padang Besar, dilaporkan musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran pagi Khamis. - Foto Facebook Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan bahagian-bahagian berkenaan diminta mengambil tindakan segera supaya kerja pembaikan bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, Padang Besar yang terbakar pagi semalam dapat segera dilaksanakan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata kejadian itu menjejaskan blok bilik darjah sekolah berkenaan dan seorang mangsa yang tercedera sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
"Semoga beliau (mangsa) diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan semua urusan," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Sebuah bangunan lapan bilik di sekolah itu dilaporkan musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran pagi semalam, yang turut menyebabkan seorang petugas kebersihan swasta cedera melecur 30 peratus.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Azhar Yussof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.05 pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


