MALAYSIA
Kebakaran tanah gambut: Bayi, warga emas antara mangsa dipindahkan ke PPS
Nor Farhanah Abdillah (kiri) antara 50 penduduk terjejas yang terpaksa berpindah ke PPS di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai susulan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang. --fotoBERNAMA
KOTA TINGGI: Bayi berusia empat bulan dan warga emas antara mangsa terjejas yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat kebakaran tanah gambut seluas kira-kira 12 hektar di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang semalam.
Ringkasan AI
Tinjauan Bernama mendapati keadaan asap tebal menyebabkan lebih 50 penduduk di kawasan perumahan berkenaan dipindahkan dan mereka mengadu sakit tekak, pedih mata serta jarak penglihatan terhad.
Penduduk, Nor Farhanah Abdillah, 34, berkata dia dan keluarga termasuk bayi lelaki berusia empat bulan telah diarahkan berpindah ke PPS Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai pagi semalam.
"Sebelum ini pernah berlaku kebakaran tetapi kali ini paling teruk hingga terpaksa berpindah disebabkan asap semakin tebal, anak-anak pula memang tengah batuk dan selesema manakala saya mula sakit tekak serta pedih mata.
"Minggu lepas bomba berjaya padamkan kebakaran tetapi cuaca panas ditambah pula dengan angin kencang, kawasan tersebut terbakar semula hingga api makin merebak dan asap pun sampai ke kawasan penempatan penduduk," katanya kepada Bernama semalam.
Ibu kepada tiga anak yang tinggal di Jalan Langkah Baik berhampiran pantai itu berkata ibu mentuanya yang berusia 69 tahun dan mengalami masalah kesihatan (sakit lutut) yang tinggal bersama mereka turut berpindah ke PPS berkenaan.
"Guru besar sekolah anak dan Pejabat Pendidikan Daerah ada datang melawat tadi dan memaklumkan anak-anak boleh hadir ke sekolah dengan pakaian biasa jika kesihatan mengizinkan. Pada masa sama, saya bersyukur kerana keadaan bayi kami baik-baik sahaja setakat ini," kata suri rumah itu.
Seorang lagi penduduk Mohd Khalid Kamsan, 65, berharap pihak berkaitan dapat mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah kebakaran berulang di kawasan berkenaan.
"Sekarang ini kurang hujan dan musim angin kencang, jadi api mudah merebak dan menghasilkan asap tebal yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan penduduk sekitar.
"Justeru, saya berharap aset yang ada dapat digunakan sepenuhnya supaya kebakaran dapat dipadamkan segera," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin dilaporkan berkata keadaan ketika ini belum terkawal disebabkan cuaca kering dan angin kuat dengan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan berkenaan, selain struktur tanah gambut serta keadaan jalan yang menyukarkan lagi operasi.
Bomba sebelum ini memaklumkan pemadaman tidak dapat dilaksanakan di sektor A berikutan punca air yang jauh serta sumber air terbuka yang terhad, selain kesemua anggota tertumpu di sektor B kerana angin agak kuat dan perebakan lebih aktif di kawasan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Ringkasan AI
- Lebih 50 penduduk dipindahkan ke PPS di Pengerang akibat kebakaran tanah gambut, menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit tekak dan pedih mata.
- Seorang ibu bersyukur keadaan bayinya baik meskipun terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.
- Penduduk setempat menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera untuk atasi masalah kebakaran berulang di kawasan tersebut.