awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar pertukaran AS$1 kini bawah RM4 buat pertama kali sejak Julai 2015
Meta halang remaja mengakses watak AI
Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2026
03:00 MYT
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal berhampiran Taman Bayu Damai, Kota Tinggi. - Foto JBPM Johor
KOTA TINGGI: Dua keluarga terpaksa dipindahkan sementara ke kawasan selamat susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai di sini pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Dua keluarga dipindahkan sementara ke kawasan selamat susulan kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, menyebabkan empat orang dewasa dan dua kanak-kanak terlibat.
  • ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin, memastikan pemindahan keluarga dilakukan ke Balai Komuniti Teluk Empang atas keselamatan, dengan kebajikan mangsa ditanggung oleh Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat.
  • Operasi pemantauan dan pemadaman kebakaran dilakukan dengan gigih oleh pasukan bomba dari pelbagai balai termasuk Sukarelawan Bomba Sungai Rengit, sementara 57 peratus kawasan terjejas berjaya dipadamkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin memaklumkan, keluarga terlibat membabitkan empat orang dewasa dan dua kanak-kanak.
Menurut beliau, pemindahan dibuat ke Balai Komuniti Teluk Empang sebagai langkah keselamatan berikutan asap tebal yang menjejaskan kawasan kediaman, selain jarak rumah yang terlalu hampir dengan lokasi kebakaran.
Katanya, kebajikan mangsa sepanjang penempatan sementara itu ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Khidmat DUN Tanjung Surat.
“Saya telah turun meninjau beberapa lokasi kebakaran terbuka yang berlaku akibat cuaca panas serta tiupan angin kencang di sekitar Taman Bayu Damai dan Lepau.
“Ketika ini, operasi pemantauan dan kawalan kebakaran sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat dari beberapa balai termasuk Bomba Punggai, Sebana, Sungai Rengit, Bandar Penawar, CEFS RAPID Pengerang serta Sukarelawan Bomba Sungai Rengit bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat,” katanya.
Beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas supaya berpindah sementara demi keselamatan diri dan keluarga.
“Kerjasama semua pihak amat dihargai dan orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, khususnya ketika cuaca panas dan berangin,” katanya lagi.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan I Shahrizan Selamat berkata, kebakaran tanah gambut berkenaan dianggarkan melibatkan keluasan kawasan kira-kira empat hektar.
“Setakat ini, sekitar 57 peratus atau lima ekar kawasan terjejas telah berjaya dipadamkan. Tiupan angin menyebabkan asap tebal merebak ke kawasan perumahan Taman Bayu Damai,” jelasnya.
Beliau berkata, operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor iaitu sektor A dan sektor B.
“Di sektor B, pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 500 kaki, satu breaching serta dua pancutan pam GP10/10 dengan sumber air daripada pili bomba berhampiran.
“Pemadaman di sektor A tidak dapat dijalankan berikutan sumber air yang jauh, selain kekuatan angin dan asap tebal yang memasuki kawasan penempatan penduduk menyebabkan anggota difokuskan sepenuhnya di sektor B,” tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran tanah gambut
#aznan tamin
#asap tebal
#pemindahan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan