awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
JPNIN lepasi sasaran dengan pencapaian 301 Rukun Tetangga Progresif - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/03/2021
08:58 MYT
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Kemunting kian merebak
KUBANG PASU: Kebakaran tapak pelupusan sampah seluas 1.6 hektar di Kemunting, dekat Kubang Pasu semakin merebak.
Usaha pemadaman dilakukan pihak bomba selama lebih 24 jam masih menemui jalan sukar ekoran masih terdapat bara api di bahagian bawah longgokan sampah.
Menurut Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Hamizi Mohd Zin, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.30 petang Rabu dan kerja pemadaman telah dilakukan bermula jam 4 petang sehingga kini.
Faktor angin kencang dan cuaca panas menyebabkan punca api merebak dengan cepat.
Pihak bomba mengambil masa lebih 24 untuk memadamkan api.
Pihak bomba mengambil masa lebih 24 untuk memadamkan api.
"Kita guna kaedah pemadamam secara direct attack dan juga dengan kaedah pemadaman mengunakan foam (buih) untuk menutup bahagian yang terlibat dan setakat ini kita lihat ada perkembangan positif dari segi operasi dan dibantu oleh keadaan hujan semalam.
"Walau pun (hujan) tidak lebat dan tidak lama, tetapi kita jangkakan operasi kita akan diteruskan lagi sehingga kita betul-betul dapat mengawal (api)," katanya dalam satu kenyataan.
Operasi hari ini disertai seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Alor Setar dan Pokok Sena selain turut dibantu tiga Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya, Ayer Hitam dan Tunjang.
Turut dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP).
Topic Berkaitan
#kebakaran
#pelupusan sampah
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#JBPM
#JBPM Kedah
#Kemunting
#Kubang Pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan