awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanyakan kuari batu kapur di Perak dimiliki syarikat persendirian - MB

Aida Aziz
Aida Aziz
08/02/2021
10:23 MYT
Kebanyakan kuari batu kapur di Perak dimiliki syarikat persendirian - MB
Saarani mengulas laporan mengenai desakan kerajaan negeri campur tangan dalam isu Gunung Lanno yang dikatakan terancam apabila kawasan berkenaan dijadikan zon kuari. Gambar/ Kinta Valley Watch
IPOH:Kebanyakan kuari batu kapur di Perak dimiliki oleh syarikat persendirian secara pajakan dan telah beroperasi sejak kira-kira 50 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.
Beliau berkata, industri itu menjadi antara penyumbang ekonomi terbesar di negeri ini.
Walaupun begitu, katanya kerajaan negeri tegas dalam memastikan semua aktiviti kuari beroperasi mengikut undang-undang.
Beliau berkata, industri itu diselia mengikut Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral (Perak) 2013 (EMP), Peraturan-Peraturan Mineral (Perak) 2008, Pekeliling Khas Pejabat Tanah dan Galian Bil. 3/2017 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling.
"Aktiviti kuari di Gunung Terundum, Gunung Rapat dan Gunung Lanno telah diwartakan sebagai Zon Ekonomi Industri Asas Mineral/ Batuan dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025.
"Sebahagian besar gua yang terletak di ketiga-tiga gunung tersebut berada di atas hak milik pengusaha kuari.
"Ketiga-tiga gunung itu tidak disenaraikan sebagai Geopark Lembah Kinta. Geopark Lembah Kinta mempunyai 18 geotapak di mana kesemuanya tidak terletak di dalam kawasan aktiviti pengkuarian di Zon Ekonomi Industri Asas Mineral/Batuan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau mengulas laporan media mengenai desakan supaya kerajaan negeri campur tangan dalam isu Gunung Lanno yang dikatakan semakin terancam apabila kawasan berkenaan dijadikan sebagai zon kuari.
Laporan itu turut menyebut, Gunung Lanno yang mempunyai ketinggian lebih 370 meter berusia 330 juta tahun bakal lenyap dari peta negeri Perak akibat kuari di kawasan Simpang Pulai.
Mengulas lanjut, Saarani berkata, industri kuari sentiasa dipantau oleh agensi yang bertanggungjawab seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), polis dan Majlis Daerah Batu Gajah.
Katanya, sekiranya pemilik kuari gagal mematuhi mana-mana syarat tenemen mineral, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Jelasnya pemilik kuari juga diwajibkan untuk mengemukan laporan kualiti alam sekitar (EIA) sebelum memulakan operasi.
"Kerajaan Negeri Perak menitikberatkan aspek pemulihan kuari di mana pihak kerajaan telah menggubal Dasar Mineral Negeri Perak dengan menumpukan elemen pemulihan sebagai tindakan utama yang perlu diambil oleh setiap pemilik kuari.
"Seksyen 129 Enakmen Mineral Perak memperuntukkan kewajipan ke atas pemilik kuari untuk membayar sejumlah wang sebagai caruman ke dalam Kumpulan Wang Pemulihan Lombong atau Bersama kepada kerajaan negeri bagi tujuan pemulihan kawasan kuari," katanya.
Katanya antara pemulihan yang telah dilakukan kerajaan negeri termasuk penanaman semula pokok di kawasan kuari Simpang Pulai bagi mengelakkan masalah pencemaran pemandangan dan pencucian jalan raya Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Topic Berkaitan
#Perak
#kuari
#batu kapur
#Gua
#gunung
#jutaan tahun
#musnah
#gunung lanno
#syarikat kuari
#undang-undang
#alam sekitar
#Menteri Besar
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan