awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebebasan dalam demokrasi perlu ada tanggungjawab - Pandikar Amin

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
08/08/2015
04:57 MYT
Kebebasan dalam demokrasi perlu ada tanggungjawab - Pandikar Amin
PANDIKAR AMIN: Apabila setiap kita faham dengan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah negara demokrasi seperti ini, maka tidak adalah perkara-perkara negatif yang akan timbul. - Foto Astro AWANI
Kebebasan dalam demokrasi perlulah disulami dengan kebertanggungjawaban.
Itu ulasan ringkas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai sikap ahli-ahli politik negara ini yang sering mengeluarkan kenyataan yang hanya membinasakan diri sendiri.
"Apabila setiap kita faham dengan tanggungjawab masing-masing dalam sesebuah negara demokrasi seperti ini, maka tidak adalah perkara-perkara negatif yang akan timbul.
"Yang suka membuat kenyataan-kenyataan begini adalah orang-orang politik, pengamal politik. Sehingga kadang-kadang ada yang kena saman di mahkamah oleh kerana dengan membuat kenyataan yang tidak patut mereka buat.
"Tetapi di Malaysia, beginilah demokrasi negara kita," katanya dengan nada sinis.
Pandikar Amin berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung isu campur tangan badan Eksekutif dalam institusi.
Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung di Parlimen pada pagi Sabtu.
Sebelum ini Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi.
Mereka kini telah ditukarkan untuk berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa pada Jumaat.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat turut mendesak intimidasi serta tindakan yang diambil ke atas pegawai SPRM perlu dihentikan segera.
Tambahnya, tindakan yang diambil terhadap SPRM sebelum ini bukan sahaja melemahkan institusi berkenaan malahan mampu melemahkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Kata beliau, sekiranya tindakan sebegini diteruskan, kepercayaan rakyat terhadap institusi dan juga kerajaan akan jadi lebih teruk daripada apa yang ada hari ini.
Topic Berkaitan
#badan eksekutif
#Nguyen Tan Dung
#Pandikar Amin
#speakerm sprm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan