awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar

Bernama
Bernama
27/07/2023
07:32 MYT
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan dalam usaha menangani semua jenis pembohongan jahat dan berita palsu yang boleh menyemai perpecahan dan ketidakpercayaan. - Gambar hiasan/Freeimage
KUALA LUMPUR: Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata usaha itu juga dapat menangani semua jenis pembohongan jahat dan berita palsu yang boleh menyemai perpecahan dan ketidakpercayaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika mengumumkan inisiatif 'Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat' di sini hari ini.
Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk melaksanakan tatakeloka yang baik bagi mengembalikan keyakinan semua pihak dan ia hanya akan berhasil dengan dukungan dan kepercayaan semua pihak terhadap kerajaan.
Beliau berkata menerusi tatakelola yang baik serta sistem penyampaian perkhidmatan yang tangkas, hasrat itu berupaya untuk direalisasikan.
Beliau berkata untuk itu pembaharuan struktur, sistem dan institusi perlu segera dilaksanakan untuk membolehkan negara bergerak ke sasaran yang ingin dicapai.
Selain itu, Perdana Menteri berkata Dewan Rakyat juga perlu diberi peranan yang lebih luas selaras dengan reformasi Parlimen yang diusahakan sejak 2018.
"Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah dibentuk dan peranan mereka dalam perundangan dan pengawasan akan ditetapkan melalui pindaan kepada Peraturan Tetap.
"Kerajaan juga telah memperkenalkan Sesi Pertanyaan Perdana Menteri untuk membolehkan interaksi secara langsung antara Perdana Menteri dengan Ahli Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang," kata beliau.
Anwar berkata kerajaan akan terus bekerjasama dengan Parlimen, termasuk cadangan pemansuhan sebarang akta yang mungkin mempunyai tujuan pada masa lalu tetapi kini sudah lapuk malah bercanggah dengan hasrat Malaysia Madani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kebebasan Media
#Anwar Ibrahim
#ekonomi madani
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan