awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri

Bernama
Bernama
13/11/2020
16:41 MYT
Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Hal ehwal agama Islam misalnya mengenai jumlah jemaah yang dibenarkan hadir di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri serta tidak terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa negeri dan sebarang keputusan perlu mendapat perkenan Sultan atau Raja di negeri berkenaan.
"Majlis Keselamatan Negara boleh membuat Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pelbagai bidang tetapi tidak boleh kepada masjid.
"Apa sahaja perkara berkaitan agama, adalah di bawah kuasa negeri dan mesti diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan setiap negeri. Kita tak boleh buat (buka masjid sepenuhnya) macam Turki kerana kita mesti berdasarkan keputusan negeri-negeri," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV di sini, malam ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai isu penetapan jumlah jemaah di masjid dan sama ada Malaysia boleh melaksanakan pendekatan Turki yang membenarkan masjid dibuka walaupun terdapat ancaman COVID-19.
Mengulas lanjut, beliau berkata hal ehwal agama Islam misalnya mengenai jumlah jemaah yang dibenarkan hadir di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, bergantung kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masjid
#agama islam
#COVID-19
#PKPB
#PKPP
#kebenaran membuka masjid
#bilangan jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan