awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keberkesanan Teraju diteliti semula - Rafizi

Bernama
Bernama
15/03/2023
01:30 MYT
Keberkesanan Teraju diteliti semula - Rafizi
Rafizi ketika perbahasan sesi jawatankuasa Belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 14 Mac 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Keberkesanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam mengendalikan agenda bumiputera akan diteliti semula berikutan dana yang disediakan kerajaan tidak disalurkan sepenuhnya kepada golongan sasar.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Teraju dan agenda bumiputera sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk organisasi ini bagi 2023.
"Kementerian (Ekonomi) sedang menelitii bersama-sama dengan bahagian Ekuiti di dalam kementerian ini dan Teraju supaya kami menilai kembali keberkesanan, kerana ia diberikan peruntukan yang besar dari satu tahun ke satu tahun.
"Sebahagian daripada peruntukan itu tidak dapat 'dilunaskan' dalam pentadbirannya. Peruntukan diberikan RM100 juta, RM200 juta tapi yang sampai kepada penerima jauh lebih sikit.
"Jadi sebab itu, saya tidak mengulas panjang mengenai Teraju, bukan kerana kita tidak mengutamakan bumiputera tapi kita nak pastikan perkara itu tidak berulang," katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat.
Teraju yang ditubuhkan pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan menerajui, menyelaras dan memacu agenda bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan kumpulan berkenaan dalam ekonomi negara.
Antara inisiatif di bawah agensi itu termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB), Dana Kemakmuran Bumiputera dan Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rafizi Ramli
#Teraju
#Agenda Bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan