awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebijaksanaan strategik, kerjasama risikan penting untuk keselamatan ASEAN

Bernama
Bernama
08/09/2025
20:45 MYT
Kebijaksanaan strategik, kerjasama risikan penting untuk keselamatan ASEAN
Mohd Razali berkata, MDIO berbesar hati menjadi tuan rumah AMICLC tahun ini, yang berperanan sebagai platform memperkukuh hubungan kerjasama jangka panjang dalam kalangan komuniti perisikan ketenteraan ASEAN. - Gambar MINDEF
KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan strategik, maklumat risikan yang diperoleh tepat pada masanya dan kepercayaan profesional merupakan aspek penting dalam mendepani landskap keselamatan masa kini yang tidak menentu dan penuh cabaran, kata Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO), Lt Jen Datuk Mohd Razali Alias.
Beliau berkata, ancaman yang semakin berkembang di rantau ASEAN pada masa ini meliputi ketidakstabilan maritim, operasi zon kelabu, keganasan rentas sempadan serta gangguan teknologi baharu, melangkaui sempadan negara dan batasan institusi.
"Kita mampu memberi maklum balas secara berkesan sekiranya terdapat kerjasama risikan yang terkoordinasi, perkongsian kesedaran situasi serta penyelarasan strategi yang kukuh," katanya berucap pada perasmian Persidangan Ketua Perisikan Pertahanan ASEAN ke-2 (AMICLC 2), di sini, pada Isnin.
Dianjurkan oleh MDIO, persidangan bertemakan "Sustainable Intelligence Cooperation for an Inclusive ASEAN" itu mengulangi komitmen blok berkenaan terhadap pembinaan rangkaian perisikan serantau yang lebih responsif, telus dan berdaya tahan.
Mohd Razali berkata, MDIO berbesar hati menjadi tuan rumah AMICLC tahun ini, yang berperanan sebagai platform untuk pertukaran idea penting serta memperkukuh hubungan kerjasama jangka panjang dalam kalangan komuniti perisikan ketenteraan ASEAN.
Beliau berkata, sejak penganjuran pertama di Vietnam tahun lepas, AMICLC telah mencerminkan kesedaran yang semakin mendalam mengenai tanggungjawab bersama dalam menangani ancaman keselamatan di rantau ini.
Mohd Razali berkata, persidangan itu akan menumpukan perbincangan terhadap empat topik utama yang menjadi teras kepentingan strategik bersama ASEAN, bagi memperoleh pandangan yang boleh diambil tindakan serta mengukuhkan kepercayaan, saling menghormati dan persefahaman dalam kalangan komuniti perisikan ketenteraan serantau.
"Marilah kita memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh komitmen kita terhadap kesepakatan dalam aspek keselamatan serantau, yang bersifat proaktif, berdaya tahan serta bersiap sedia menghadapi cabaran mendatang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#MDIO
#maklumat risikan
#keselamatan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan