awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran data pelanggan telah ditangani, kata Malindo Air

Bernama
Bernama
27/09/2019
14:47 MYT
Kebocoran data pelanggan telah ditangani, kata Malindo Air
Semua sistem Malindo Air dijamin sepenuhnya dan tiada maklumat pembayaran pelanggan yang terjejas akibat perbuatan berniat jahat ini. - Gambar fail
Malindo Air pada Jumaat mengumumkan kebocoran data pelanggan ke dalam talian baru-baru ini, telah ditangani.
Ketua Pegawai Eksekutif Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata dua bekas kakitangan penyedia perkhidmatan e-dagang syarikat itu dari GoQuo (M) Sdn Bhd di pusat pembangunannya di India telah mengakses dan mencuri data peribadi pelanggan Malindo Air.
"Perkara itu telah dilaporkan kepada polis Malaysia dan India," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat penerbangan itu telah bekerja rapat dengan semua agensi yang berkaitan, termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia serta pihak berkuasa lain di luar negara.
"Kami ingin menegaskan bahawa kes ini tidak ada kaitan dengan keselamatan seni bina data atau pembekal awan kami, Amazon Web Services.
"Semua sistem Malindo Air dijamin sepenuhnya dan tiada maklumat pembayaran pelanggan yang terjejas akibat perbuatan berniat jahat ini," kata Mushafiz.
Sebagai langkah proaktif, khidmat pakar-pakar forensik data dan keselamatan siber telah digunakan bagi mengkaji semula semua proses dan infrastruktur data yang sedia ada.
"Kami juga telah memulakan pengesetan semula automatik semua kata laluan pelanggan dan menasihati pelanggan kami untuk berhati-hati dengan sebarang panggilan atau e-mel yang mencurigakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#goquo
#India
#kebocoran data pelanggan
#Malaysia
#Malindo Air
#mencuri data peribadi
#NACSA
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan