awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2017
13:44 MYT
Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan
Rakaman kekecohan di bazar Ramadan itu tular di media sosial dan mengundang kritikan netizen apabila dua lelaki itu dilihat menghalau dan memaki hamun Liew dan pasukannya yang datang untuk mengedarkan buah kurma percuma. - Foto media sosial
Susulan insiden membabitkan wakil rakyat DAP, Liew Chin Tong, di sebuah bazar Ramadan di Kluang, polis hari ini menahan dua individu termasuk seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai imam bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kluang ACP Mohamad Laham berkata kedua-dua mereka ditahan selepas tampil ke balai bagi memberi keterangan.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan tanpa senjata dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.
Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan polis.
Jelas Mohamad, pihaknya akan turut memanggil pihak pengadu, termasuk Ahli Parlimen Kluang itu, dalam masa terdekat.
Rakaman kekecohan di bazar Ramadan itu tular di media sosial dan mengundang kritikan netizen apabila dua lelaki itu dilihat menghalau dan memaki hamun Liew dan pasukannya yang datang untuk mengedarkan buah kurma percuma.
Melahirkan kekesalan, Liew dilaporkan berkata, pihaknya amat sedih dengan apa yang berlaku, sambil menambah, bulan Ramadan yang mulia tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran.
Berikutan insiden itu, beliau bersama pembantu khasnya, Sheikh Umar Bagharib Ali serta Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kluang, Radzali Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Kluang.
Topic Berkaitan
#bazar
#Bazar Ramadan
#Kluang
#Liew Chin Tong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan