PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan penuh berhubung dakwaan berlakunya kegiatan rasuah di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi pertemuan singkat pada Rabu.
"Komitmen dan tahap perkhidmatan yang baik dilaksanakan sebahagian besar anggota dan pegawai Jabatan Imigresen, tapi dalam masa sama, jemaah menteri tidak menafikan penglibatan pegawai terbabit (rasuah) seperti insiden yang didakwa
"Jadi kami beri kerjasama penuh kepada SPRM meneruskan siasatan sehingga selesai untuk sahkan sama ada berlaku atau tidak," katanya pada sidang media Khas di sini, pada Rabu.
BACA: Kronologi kekecohan di KLIA dari hari pertama kes mula tular
Pada masa sama, Saifuddin berkata, barisan kabinet turut mengarahkan agar peranan sebuah syarikat yang dilantik bagi menguruskan pengembara yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) diteliti semula.
Jelas beliau, syarikat yang dilantik sejak 2015 itu bertanggungjawab dalam menguruskan proses penghantaran pulang pengembara dikenakan NTL.
"Misalnya urusan tiket kapal terbang untuk balik. Mungkin apabila diminta untuk membayar kos tiket, ia seolah-olah dianggap imigresen minta duit.
"Jemaah menteri tadi minta Menteri Pengangkutan melihat aspek ini adakah ini amalan biasa atau bagaimana," katanya.
Beliau juga menjelaskan, sejak Januari hingga Jun 2023, hanya 0.07 peratus NTL dikeluarkan terhadap pengembara dari China, berbanding sejumlah 592,490 kemasukan yang direkodkan.
Katanya, angka tersebut amat kecil berbanding pengembara China yang dibenarkan masuk ke negara ini.
"NTL juga dikenakan terhadap pengembara dari negara lain, dan lebih tinggi berbanding NTL dikenakan terhadap warga China.
"Ini gambaran lebih jelas menunjukkan jika sekatan dikenakan, pasti ada sebabnya," katanya.
Baru-baru ini tular mengenai kekecohan tercetus di KLIA apabila seorang menteri didakwa menceroboh balai ketibaan lapangan terbang untuk 'menyelamatkan' seorang pelancong dari China.
Mengakui dirinya yang dikaitkan dengan kejadian itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan kehadirannya ke KLIA membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk masuk negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 05 2023
Saifuddin berkata, barisan kabinet turut mengarahkan agar peranan sebuah syarikat yang dilantik bagi menguruskan pengembara yang dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) diteliti semula. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kecoh di KLIA: SPRM mula siasatan penuh, syarikat urus penghantaran pulang diteliti semula
SPRM sudah memulakan siasatan penuh berhubung dakwaan berlakunya kegiatan rasuah di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kewujudan 'kacang hantu' dalam JIM dan JPN perlu dibanteras - TPM Zahid
Zahid Hamidi, berkata adalah tidak adil untuk membuat tuduhan secara rambang atau mengaitkan seluruh jabatan melakukan amalan rasuah.