awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bioeconomy Corporation sumbang RM39.9 bilion kepada KDNK
Meta Ray-Ban Display perkenal navigasi baharu, sokongan EMR dan teleprompter
Konstabel polis mengaku tidak bersalah tipu wanita selesai saman PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
07/01/2026
07:15 MYT
Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel - Anthony Loke
Anthony berkata, jumlah gangguan menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun kebelakangan ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PETALING JAYA : Kecurian kabel dikenal pasti sebagai antara punca utama gangguan perkhidmatan rel yang berlaku di beberapa laluan pengangkutan awam, selain faktor teknikal dan cuaca, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Ringkasan AI
  • Kecurian kabel dikenal pasti sebagai antara punca utama gangguan perkhidmatan rel di samping faktor teknikal dan cuaca, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Dakwaan tentang keadaan semakin meruncing tidak tepat berdasarkan statistik yang menunjukkan penurunan gangguan sejak tiga tahun lalu.
  • Gangguan pada sistem kabel boleh menyebabkan tren berhenti secara automatik di sistem rel MRT dan LRT yang beroperasi tanpa pemandu. Selain kecurian kabel, gangguan juga boleh berlaku akibat cuaca buruk seperti hujan lebat dan angin kencang.
  • Prasarana terus memperkukuh langkah penyelenggaraan bagi mengurangkan risiko gangguan teknikal dengan pendekatan penyelenggaraan berdasarkan ramalan data. Usaha menambah baik perkhidmatan rel dan bas serta fokus pada peningkatan kebolehpercayaan perkhidmatan adalah antara tumpuan Pementerian Pengangkutan ketika ini.

Beliau berkata, walaupun begitu, dakwaan bahawa keadaan semakin meruncing adalah tidak tepat berdasarkan statistik, memandangkan jumlah gangguan menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun kebelakangan ini.
“Memang kita tak menafikan gangguan masih berlaku, tetapi dari segi angka, jumlah gangguan sebenarnya telah menurun. Ada gangguan mekanikal, ada gangguan sistem, dan ada juga gangguan yang di luar jangkaan seperti kecurian kabel. Apabila kabel dipotong, sistem isyarat akan terjejas dan tren akan berhenti serta-merta atas faktor keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2025 dan pelan 2026 pada Rabu.
Anthony menjelaskan, kebanyakan sistem rel termasuk MRT dan beberapa laluan LRT beroperasi tanpa pemandu dan dikawal sepenuhnya melalui Pusat Kawalan Operasi (OCC), justeru sebarang gangguan pada sistem kabel akan menyebabkan tren berhenti secara automatik.
Selain kecurian kabel, beliau berkata gangguan juga boleh berlaku akibat cuaca buruk, termasuk hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan dahan pokok atau objek asing seperti papan iklan jatuh ke atas landasan.
Menurutnya, reka bentuk sistem rel di negara ini mengutamakan keselamatan penumpang, menyebabkan tren tidak dibenarkan bergerak sekiranya terdapat sebarang halangan di laluan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Prasarana terus memperkukuh langkah penyelenggaraan termasuk penggunaan pendekatan penyelenggaraan berdasarkan ramalan berasaskan data bagi mengurangkan risiko gangguan teknikal.
“Kita sedang menambah baik dari segi penyelenggaraan dan penggantian alat ganti secara lebih sistematik. Namun, ada insiden yang di luar kawalan seperti cuaca dan kecurian kabel. Ini yang kita harap orang ramai dapat memhami,” katanya.
Mengulas penambahbaikan perkhidmatan, beliau memaklumkan kerajaan telah menganugerahkan perolehan 26 set tren baharu kepada ZELC-CRM-CLM Consortium (CRRC), selain perancangan menambah tiga set tren monorel serta kerja baik pulih melibatkan 50 set tren sedia ada.
Beliau turut menegaskan fokus utama Pementerian pengangkutan ketika ini adalah meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan bas, termasuk penambahbaikan perkhidmatan first mile dan last mile menerusi pengembangan Rapid On-Demand (ROD) serta penggunaan kenderaan elektrik.
Anthony berkata usaha berterusan itu penting bagi memastikan pengangkutan awam kekal sebagai pilihan utama rakyat, khususnya pengguna harian yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan tersebut.
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#prasarana
#rel train
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan