Kerajaan Kedah sedia berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang dan Perlis berhubung isu pembalakan di Ulu Muda, Sik dalam usaha melindungi kawasan itu dan mengekalkannya sebagai kawasan tadahan air untuk kepentingan bersama.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perbincangan itu juga termasuk permintaan pampasan daripada kerajaan pusat sebagai ganti premium hutan untuk pembalakan berikutan Kedah tidak mempunyai sumber pendapatan lestari seperti minyak dan gas yang ada pada negeri lain.
"Air adalah satu aset yang besar bagi negeri Kedah dan kita akan pastikan bekalan itu berpanjangan kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan penduduk di Kedah tetapi juga di Pulau Pinang dan Perlis dan kita boleh duduk bincang berhubung perkara itu dan kita pun tahu di mana punca masalah pembalakan ini, dan saya ingat Kedah boleh selesaikan.
"Keduanya mengenai pampasan, menerusi perjumpaan saya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam (Sabtu) beliau bersedia memberi perhatian sewajarnya kepada permintaan kerajaan negeri kerana sangat memahami kita sudah banyak berkorban menyumbang kepada jaminan bekalan makanan negara iaitu beras," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Pakatan Harapan di Dataran Darul Aman di sini, hari ini.
Sementara itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan pusat memberikan peruntukan dalam bentuk geran bagi membangunkan infrastruktur bekalan air ke kawasan pedalaman di Kedah seterusnya ke Pulau Pinang dan Perlis.
"Sebelum ini yang berlaku ialah bantuan (peruntukan) yang kita dapat itu dalam bentuk pinjaman, ia membebankan kerajaan negeri di mana hutang kita kepada kerajaan persekutuan yang melibatkan pembangunan infrastruktur air sudah mencecah melebihi RM2 bilion.
"Jadi ini antara perkara yang kita nak runding dengan kerajaan pusat yang pertamanya untuk menghapuskan sebahagian besar hutang-hutang yang mana kita rasa munasabah dan tidak membebankan kerajaan negeri," katanya.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mahu perbincangan dengan Kedah dan kerajaan persekutuan diadakan berhubung isu pembalakan di Ulu Muda yang menjadi ancaman kepada kawasan tadahan air di Empangan Muda.
Katanya kawasan tadahan air di Empangan Muda, Ulu Muda yang menyalurkan air ke Kedah, Pulau Pinang dan Perlis itu semakin mengecil dan dibimbangi tiga negeri berkenaan akan menghadapi risiko krisis air di masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 24 2018
Mukhriz beramah mesra dengan tetamu jemputan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan Kubang Pasu di Dataran Darulaman malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek