ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak akan mendedahkan nama pasangan dari negeri ini yang berkahwin di Thailand yang tidak mendaftarkan perkahwinan di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Perpaduan, Keluarga dan Masyarakat Kedah Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata sebaliknya kerajaan negeri akan terus menasihati pasangan terbabit agar segera mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.
Menurut beliau hal itu bagi memastikan tiada siapa yang tercicir daripada mendapat hak, keistimewaan dan kebajikan selepas mendaftarkan perkahwinan selain mengelakkan masalah dokumentasi anak.
"Kita kempen bukan tak boleh berpoligami, tapi cumanya bila balik mai sini, segeralah mendaftar agar anak-anak dapat mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat pembelaan itu sahaja.
"Saya tidak ada jumlah tepat, tapi dari media sosial menyebut dalam sebulan ada 300 pasangan yang berkahwin di sana, tapi tak banyak orang Kedah yang berkahwin di sana, kalau kahwin pun ada sebab-sebab tertentu saja," katanya selepas merasmikan Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kedah di sini, hari ini.
Halimaton Shaadiah berkata masalah kahwin rentas sempadan yang tidak didaftarkan di negera ini menjadi antara punca utama anak-anak keciciran dalam mendapatkan pendidikan selain manfaat lain sebagai rakyat negara ini.
Sebelum ini, Halimaton Shaadiah ketika sesi penggulungan perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 7 Mac lalu, dilaporkan berkata pejabat agama Islam di selatan Thailand akan menyerahkan senarai nama rakyat Kedah yang berkahwin di wilayah itu bagi menyelesaikan masalah perkahwinan yang tidak didaftarkan di negara ini.
Beliau berkata data itu bagi membolehkan pihak berkuasa agama Islam negeri ini menetapkan perintah kepada pasangan terbabit untuk mendaftarkan perkahwinan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Halimaton Shaadiah berkata antara masalah yang akan dihadapi pasangan berkahwin di Thailand yang tidak mendaftarkan perkahwinan dengan MAIK adalah anak yang lahir tidak dapat didaftarkan dengan JPN.
"Isteri pula tiada hak jika bercerai hidup atau bercerai mati. Seterusnya isteri dan anak tiada hak ke atas harta pusaka, penilaian peninggalan ayah atau suami. Ini termasuk anak tidak dapat belajar di sekolah kerajaan dan masalah ini membimbangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Masalah kahwin rentas sempadan yang tidak didaftarkan di negera ini menjadi antara punca utama anak-anak keciciran dalam mendapatkan pendidikan selain manfaat lain sebagai rakyat negara ini. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedah tiada hasrat dedah nama pasangan berkahwin di Thailand
Kerajaan negeri sebaliknya akan terus menasihati pasangan terbabit agar segera mendaftarkan perkahwinan di pejabat agama.
Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.
Isteri suka ikut rombongan, makan dalam kereta, jadi mangsa cerai
Berdasarkan Kajian Penduduk Malaysia Kelima yang dikendalikan LPPKN 2014, lebih satu pertiga pasangan bagi usia perkahwinan di bawah usia lima tahun, berakhir dengan perceraian.