awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah tubuh pasukan tentukan isu pajakan Pulau Pinang

Bernama
Bernama
30/10/2021
12:53 MYT
Kedah tubuh pasukan tentukan isu pajakan Pulau Pinang
Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor berkata pihak yang dipelawa menyertai pasukan itu telah pun menyatakan komitmen masing-masing untuk membantu Kedah dalam perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA
KULIM: Kedah sedang dalam proses menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada sejarawan, pakar akademik dan wakil persatuan sejarah bagi menentukan bahawa Pulau Pinang benar-benar dipajak daripada Kedah.
Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor berkata pihak yang dipelawa menyertai pasukan itu telah pun menyatakan komitmen masing-masing untuk membantu Kedah dalam perkara itu.
"Kita bentuk satu pasukan dan kita wujudkan satu sahaja pandangan tentang Kedah dan Pulau Pinang. Asasnya memang Pulau Pinang adalah pajakan daripada Kedah, kerana itulah daripada dulu kita dibayar RM10,000. Kalau tidak, bayaran RM10,000 itu untuk apa?
Justeru, beliau berharap perkara itu dapat dikaji semula dan Kedah diberikan bayaran lebih setimpal berbanding jumlah RM10 juta dan RM10,000 yang diterima ketika ini.
Rabu lepas, Muhammad Sanusi berkata Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pajakan tanah di Pulau Pinang dan berharap ia diumumkan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan semalam.
Bagaimanapun, pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat tidak mempunyai peruntukan bagi tujuan itu.
Mengulas perkara itu, Muhammad Sanusi berkata Kerajaan Persekutuan mungkin tidak bersedia mempertimbang tuntutan tersebut dalam bajet kali ini.
Beliau berkata pihaknya akan terus membangkitkan isu itu pada masa yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu pajakan
#pulau pinang
#Kedah
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan