Hanya restoran yang mematuhi kriteria ditetapkan kerajaan sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan, berkata kriteria ditetapkan adalah restoran yang tidak melibatkan aktiviti orang ramai berkumpul serta mengamalkan langkah pencegahan yang diarahkan.
"Kita tengok kriterianya, secara prinsip kedai makan tidak melibatkan aktiviti menghidang makanan makanan dalam premis dan tidak melibatkan orang ramai berkumpul dibenarkan.
"Kita mengambil kira keperluan makanan warga kota bertugas, tetapi garis panduan mesti digunapakai. Pihak penguatkuasaan akan tengok kalau ada kes yang mungkin mengelirukan, kita akan tengok 'case by case basis'.
"Ini kerana ada restoran yang menyediakan khidmat pembungkusan tapi terlalu popular menyebabkan orang ramai (berkumpul)," katanya.
Justeru, pihaknya akan bekerjasama dengan peniaga bagi memastikan kaedah spesifik dapat dilaksanakan untuk mengelak daripada diserbu orang ramai dalam usaha mengekang COVID-19.
Tambah Annuar, sebelum ini timbul kekeliruan sama ada premis menjual makanan dibenarkan beroperasi atau tidak sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan dikuatkuasakan.
BACA: COVID-19: Restoran tetap beroperasi, tetapi hanya boleh bungkus makanan sahaja
Fareez Azman
Fri Mar 20 2020
Annuar Musa berkata restoran tidak boleh melibatkan aktiviti orang ramai berkumpul.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.