MALAYSIA
Kedai tekstil di ibu negara dikesan guna pembaris tidak sah - KPDN

Mohd Sabri menunjukkan pembaris tidak ditentusahkan ketika mengetuai Ops Pematuhan Undang-Undang KPDN di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa kedai tekstil di sekitar ibu negara dikesan menggunakan alat sukat yang tidak ditentusahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ringkasan AI
- KPDN mengesan beberapa kedai tekstil di ibu negara menggunakan alat sukat tidak ditentusahkan, yang boleh menjejaskan hak pengguna dan mendedahkan mereka kepada risiko penipuan semasa membeli kain.
- Dalam operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tujuh daripada 35 premis diperiksa dikompaun atas pelbagai kesalahan, termasuk penggunaan alat sukat tidak sah dan kegagalan mempamerkan tanda harga, dengan jumlah kompaun RM7,000.
- Sejak awal tahun, sebanyak 272 kes berkaitan penandaan harga dan alat timbang serta sukat telah dikesan, dengan nilai kompaun hampir RM100,000, dan pengguna disaran menyalurkan maklumat jika berlaku penyelewengan.
Dalam operasi bermula 12 tengah hari itu, sebanyak 35 premis diperiksa dan tujuh dikompaun atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972, melibatkan jumlah kompaun keseluruhan RM7,000.
Tiga premis didapati menggunakan alat sukat yang tidak ditentusahkan manakala empat lagi gagal mempamerkan tanda harga.
Mohd Sabri berkata sebanyak 272 kes kesalahan penandaan harga dan penggunaan alat timbang serta sukat telah dikesan sejak awal tahun ini dengan nilai kompaun dikeluarkan hampir RM100,000.
Beliau menasihati pengguna supaya lebih berhati-hati serta menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki berlaku penyelewengan barang kawalan, penjualan barangan tiruan atau ketidakpatuhan peniaga terhadap undang-undang ditetapkan.
"Kita juga berharap peniaga sentiasa mematuhi perundangan yang dikuatkuasakan agensi bagi memastikan urus niaga berjalan dengan adil dan telus," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami