Ahli falsafah undang-undang Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyatakan kebahagiaan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kepatuhan setiap individu terhadap undang-undang.
Penyataan itu jelas menggambarkan hubungan sesama manusia tidak boleh berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan dan undang-undang.
Kesannya dapat dilihat di banyak negara dunia apabila undang-undang dan keadilan tidak menjadi pasak utama, natijahnya, berlaku kacau-bilau yang sekali gus merobek keharmonian masyarakat.
Keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun Negara yang mendaulatkan undang-undang.
Tujuan penguatkuasaan undang-undang itu bukan medium untuk menghukum, tetapi untuk memastikan kerukunan sesuatu perkara dapat berlangsung dengan sempurna demi kebaikan bersama, menurut Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.
“Kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat dengan undang-undang dan wajib mematuhinya. Inilah prinsip utama dalam konsep kedaulatan undang-undang.
“Kedudukan semua warganegara sama di sisi undang-undang, dari individu biasa hingga pimpinan tertinggi. Apabila undang-undang diutamakan, tiada lagi ruang yang wujud untuk tindakan sewenangnya,” katanya kepada Bernama sempena sambutan ulang tahun Rukun Negara ke-50 bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020, yang dijadual pada 9 Julai ini.
Rukun Negara mengandungi lima prinsip - Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Ia diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Tuanku Nasirudin Shah yang bertujuan untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum di Malaysia susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Menjelaskan lebih lanjut prinsip keempat Rukun Negara itu, Shamrahayu berkata rakyat Malaysia dilihat sebagai sebuah bangsa yang sentiasa bersedia mendepani cabaran dengan penuh disiplin yang menjadi kunci keamanan dikecapi negara sehingga hari ini.
Mengambil contoh kepatuhan masyarakat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas sehingga PKP Pemulihan yang masih berjalan sehingga hari ini bagi membendung pandemik COVID-19, beliau berkata rakyat secara umumnya menghormati undang-undang sepertimana diingini dalam Rukun Negara.
“Ia sesuatu boleh dibanggakan rakyat Malaysia. Saat kerajaan melaksanakan PKP hampir semua masyarakat di negara ini mematuhi arahan itu. Ini memperlihatkan masyarakat kita memahami kebaikan sesuatu undang-undang hingga ia mudah untuk ditaati,” katanya.
Selain itu, beliau berkata komunikasi yang berkesan antara pemimpin dan rakyat menjadi mekanisme terbaik dalam pelaksanaan sesebuah undang-undang.
“Ini dapat dilihat apabila pemimpin boleh menegur rakyat dan sebaliknya. Dengan konsep saling menegur ini, barulah matlamat negara yang kita idam-idamkan dalam Rukun Negara berjaya dicapai,” katanya sambil menambah kedaulatan undang undang menjadi prinsip yang akan terus mengikat masyarakat sebagai sebuah bangsa yang berdaya saing dan saling hormat-menghormati.
Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Perlembagaan serta undang-undang negara perlu difahami dan dihayati untuk mengelak tercetusnya rasa tidak berpuas hati, khususnya melibatkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.
“Prinsip Rukun Negara merupakan satu falsafah yang penting dalam mencorak masa depan negara.
“Jika lima prinsip Rukun Negara ini tidak dihormati, institusi demokrasi negara kita ini akan runtuh yang sekali gus menghancurkan nilai perpaduan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata pemimpin negara perlu menjadi contoh yang baik dalam memupuk nilai perpaduan selaras dengan pematuhan kepada kedaulatan undang-undang.
"Sikap sebegini perlu diterapkan dalam kalangan pemimpin negara agar masyarakat dapat mengikut teladan yang baik kerana sekiranya mereka menunjukkan amalan sebaliknya, bagaimana rakyat mahu menghayatinya.
"Rakyat yang baik adalah daripada pemimpin yang baik,” tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
SHAMRAHAYU: Kedudukan semua warganegara sama di sisi undang-undang, dari individu biasa hingga pimpinan tertinggi. - Gambar fail
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
PRK Chini boleh jadi contoh pilihan raya dalam keadaan harmoni
PRK DUN Chini yang dilaksanakan dalam keadaan kebiasaan baharu boleh menjadi panduan kepada pelaksanaan pilihan raya lain di negara ini untuk berjalan dalam suasana amat tenang dan harmoni.
BN masih relevan dan diterima rakyat - Zahid
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lambang dacing (BN) tidak lagi diterima rakyat terbukti tidak benar.
BN pertahan DUN Chini
BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Chini apabila calonnya, Mohd Sharim Md Zain memperoleh kemenangan dengan majoriti 12,650.
Chini Memilih: 23 peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi - SPR
Sehingga kini jelasnya, semua peraturan ditetapkan oleh SPR dipatuhi oleh pengundi serta tiada provokasi dilaporkan.
PRK Chini: Calon BN mengundi di Felda Chini 3
Sharim berharap pengundi di DUN itu dapat keluar menunaikan tanggungjawab mereka, walaupun mungkin berdepan dengan sedikit perbezaan kerana kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi.
Kedaulatan undang-undang medium menyatupadukan masyarakat
Hubungan sesama manusia tidak boleh berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan dan undang-undang.
Wakil rakyat Chini diketahui hari ini
PRK DUN Chini merupakan pilihan raya kecil ke-11 selepas PRU14 dan merupakan yang pertama buat Perikatan Nasional selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada PH pada Mac lalu.
Chini Memilih: Dulu seteru, kini semeja
Azmin hadir dalam program kempen Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Tasik Mentiga pada Jumaat.
Chini Memilih: Mengundi dalam kelaziman baharu, ini anda perlu tahu
Ini perkara yang anda perlu tahu bagaimana proses pengundian normal baharu dijalankan.
PRK Chini bantu ekonomi penduduk tempatan
Ada antara mereka yang memperolehi peningkatan keuntungan sehingga sekali ganda, berikut ramai 'orang luar' yang berkampung di kawasan DUN Chini sepanjang berlangsungnya PRK.