ALOR GAJAH: Dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel didakwa mencabul kehormatan seorang kedi wanita di sebuah kelab golf di sini, minggu lalu.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.
“Polis menerima laporan pada 5 Oktober lalu daripada wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kedi di kelab golf berkenaan yang mendakwa dicabul oleh dua lelaki sewaktu sedang bertugas.
“Dua suspek itu kemudian dipanggil untuk membantu siasatan selain kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan susulan laporan oleh mangsa wanita itu,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis turut menerima dua laporan yang dibuat oleh salah seorang suspek serta rakan sekerja mangsa.
“Salah seorang suspek kemudian tampil membuat laporan yang menafikan kejadian itu selain pihak polis turut menerima laporan daripada rakan sekerja mangsa yang juga seorang wanita berusia 35 tahun.
“Wanita itu menyatakan tidak melihat kejadian berkenaan dan pihak polis setakat ini masih meneruskan siasatan lanjut,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 09 2023
ZAINOL: Dua suspek telah dipanggil membantu siasatan selain kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Foto ihsan PDRM
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera
Kedua-dua pegawai, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.