Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) terserah kepada keputusan presiden parti.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Jawatan beliau dalam UMNO dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.
"Tidak berbangkit jawatannya dalam UMNO, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
MARA hari ini menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis MARA Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.
Ia membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).
Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.
"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017
KU NAN: Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai MARA terserah kepada keputusan presiden parti. - Gambar fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Pemilihan UMNO: 'Jangan kempen secara negatif' - Isham Jalil
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menasihatkan semua calon dalam pemilihan UMNO akan datang agar mengamalkan kempen secara positif.
Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.
Shamsul Anuar mungkin kembali jadi Ketua Penerangan UMNO ganti Shahril Hamdan - Sumber
Shahril dilihat bergerak bukan atas dasar Ketua Penerangan, tetapi sebagai pegawai yang bekerja untuk Perdana Menteri bukan untuk parti.
Keterbukaan pemimpin politik bekerjasama, petanda awal kestabilan dan pemulihan - Shahril
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan menyambut baik keterbukaan Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang yang menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk bekerjasama demi kebaikan negara.
Sesiapa sahaja jadi PM nanti, boleh tawar agenda reformasi - Shahril Hamdan
Shahril berkata, tawaran yang dikemukakan semalam, biarpun ada asasnya, tetapi orang akan melihatnya dengan niat dan tujuan yang salah.
'Harap sidang Parlimen ini lengkap, bukan olok-olok' - Shahril
UMNO berharap sidang Parlimen sepenuhnya yang lengkap dengan segala ruang perbahasan bukan sidang secara 'olok-olok'.
Keputusan UMNO jelas tiada kerjasama dengan PKR dan DAP - Shahril Hamdan
UMNO masih berpegang kepada ketetapan tidak menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu sebelum ini.
Legasi Tun Rahah wajar dikenang selamanya - Shahril Hamdan
Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan ketika ditanya berhubung pemergian Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah.
UMNO tak boleh duduk di 'second fiddle' terlalu lama - Shahril Hamdan
Orang UMNO, sama ada yang progresif mahupun konservatif tidak boleh berada pada kedudukan second fiddle pada tempoh yang lama.
Kerajaan disaran wujud bank pekerjaan bantu golongan hilang kerja - Shahril
Kerajaan dicadangkan mewujudkan skim jaminan pekerjaan atau 'bank pekerjaan' untuk mengajikan pekerja yang kehilangan pekerjaan.