Kedudukan empat universiti awam dalam ranking Asia

Astro Awani
Jun 10, 2015 10:21 MYT
Empat universiti awam yang juga universiti penyelidikan negara berjaya memperbaiki kedudukan dalam QS University Ranking Asia 2015, berbanding tahun sebelumnya.
EMPAT universiti awam yang juga universiti penyelidikan negara berjaya memperbaik kedudukan dalam QS University Ranking Asia 2015, berbanding tahun sebelumnya.
BACA: Empat universiti awam perbaik kedudukan dalam ranking Asia
Universiti Malaya memperbaiki kedudukan dari tangga ke-32 tahun lepas kepada 29 tahun ini dan Universiti Sains Malaysia di tempat ke-49 berbanding 57 tahun lepas.
Selain itu, Universiti Teknologi Malaysia di tangga ke-61 daripada 66, Universiti Putra Malaysia (76 ke 66), manakala Universiti Kebangsaan Malaysia pula kekal pada kedudukan ke-56 seperti tahun sebelumnya.
#qs university ranking asia #universiti