GEORGE TOWN: Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata meskipun Malaysia berada pada tangga ke-107 berdasarkan Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) semalam, kedudukan itu tidak begitu teruk.
"Kalau berada di tangga 107 (dalam Indeks Kebebasan Media), itu bagi saya pencapaian masih tidak memuaskan tetapi ia juga tidak terlalu teruk. Pada 2021, kita berada di tangga 119, manakala pada 2022 di tangga 113.
"Namun, kedudukan sekarang masih baik berbanding zaman pemerintahan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di reruai Kementerian Komunikasi bersempena dengan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong dekat sini hari ini.
Fahmi mengulas Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang menunjukkan kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan jatuh 34 anak tangga ke kedudukan 107 berbanding 73 pada tahun lepas, dengan memperoleh skor 52.07 mata.
Mengulas mengenai strategi penambahbaikan kebebasan media, Fahmi berkata beliau dan RSF bersetuju untuk mengadakan siri pertemuan serta perbincangan bagi menangani berita palsu atau penyebaran maklumat tidak benar di negara ini.
"Mereka (RSF) telah beri komitmen ini. Jadi, insya-Allah dalam masa tidak terlalu lama kita akan mengadakan pertemuan susulan. Saya terima laporan (RSF) dengan hati terbuka.
"Banyak yang perlu diteliti kerana tidak semua cocok dengan nilai ketimuran atau adab kita amalkan di Malaysia, namun kita akan teliti pelaksanaan penambahbaikan (kebebasan media) yang ingin kita saksikan dan diamalkan di Malaysia," katanya.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan konsep kebebasan media dengan menyentuh isu 3R (bangsa, agama dan raja) selain menyebarkan fitnah serta berita palsu.
Beliau berkata hal ini kerana terdapat beberapa pihak yang sengaja memainkan isu 3R selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.
"Ada beberapa laman web telah diambil tindakan dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) juga memaklumkan bahawa mereka sememangnya menyebarkan berita palsu dan memainkan isu 3R," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas menghadiri Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang hari ini. - Foto Bernama
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Infodemik jadi ancaman, punca kebebasan media semakin berkurangan
Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif menyekat infodemik yang mula menjadi ancaman besar, sekali gus memberi kesan kepada kebebasan media.