KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia pada tempat ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19, merupakan pengiktirafan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata kejayaan Malaysia memerangi pandemik itu adalah hasil penglibatan dan kerjasama antara penjagaan kesihatan awam, swasta dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Vaksinasi yang tersusun membantu negara kita. Bilangan kumpulan antivaksin juga tidak setinggi negara lain, malah kita berjaya mengubah mereka dan menerima vaksin akhirnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, Dr Kuljit berkata aplikasi MySejahtera yang mantap turut menyumbang secara signifikan kepada negara dalam menangani kes COVID-19 walaupun perjuangan itu belum diisytihar 'menang'.
Berdasarkan Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei setakat 31 Dis 2021, Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dengan 66.5 mata, manakala Bahrain tersenarai pada tempat teratas dengan 82 mata, diikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).
Menurut laman webnya, Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menyenaraikan kira-kira 120 negara atau wilayah bagi pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.
Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks tersebut menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat; sumber data termasuk daripada Our World in Data, Google COVID-19 Community Mobility Reports, Oxford Covid-19 Government Response Tracker Cirium dan penyelidikan Nikkei Asia.
Sementara itu, pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata usaha Kementerian Kesihatan (KKM) yang diketuai Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menterinya Khairy Jamaluddin menggunakan strategi politik dan pengurusan wabak yang berkesan serta sokongan daripada semua agensi terlibat termasuk masyarakat, adalah penyebab sebenar kejayaan itu.
Beliau menegaskan bahawa dalam kesihatan awam, usaha kolektif adalah paling penting dan kejayaan tidak boleh sekadar bergantung kepada pencapaian individu.
"Saya berpendapat ia merupakan pencapaian yang sangat baik...menerusi komitmen semua pihak dalam memastikan pengendalian wabak COVID-19 yang optimum membolehkan negara berjaya melakukan pelan pemulihan sepertimana yang dirancangkan.
"Ini setanding dengan kebanyakan negara Asia yang lain. Komitmen ini perlu diteruskan bagi memastikan kejadian kes atau kluster dapat dibendung sekali gus membolehkan strategi pemulihan berkenaan tidak terhenti mahupun ditangguhkan," katanya.
Berkongsi sentimen sama, pakar epidemiologi dan kesihatan awam dari Universiti Malaya Prof Dr Sanjay Rampal berkata Malaysia kini agak baik dengan kes harian yang dilaporkan secara relatifnya lebih rendah dan kadar insiden juga lebih rendah berbanding negara lain.
"Kita mempunyai kadar insiden asas yang lebih rendah sejak beberapa minggu lepas. Ini mungkin disebabkan variasi bermusim dan imuniti masyarakat masih tinggi berikutan program vaksinasi yang lepas," katanya.
Dr Sanjay berkata jumlah kes pada beberapa bulan akan datang mungkin terus rendah atau boleh juga meningkat disebabkan beberapa faktor seperti kewujudan strain Omicron sebagai strain utama yang lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.
Bagaimanapun, beliau yakin perkhidmatan hospital tidak akan terbeban jika negara merancang perkhidmatan COVID-19 dengan proaktif dan bekerjasama untuk melibatkan seluruh masyarakat dalam memerangi COVID-19.
Dr Noor Hisham menerusi hantaran dalam Facebooknya semalam berkata Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei menunjukkan perbezaan antara Asia dengan Barat, dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron dalam tempoh yang singkat.
Beliau berkata Malaysia kini menduduki tempat keenam dalam Indeks COVID-19 Global (GCI) yang dibangunkan dengan input daripada pelbagai badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022

Siti Nor Shahira Mohd Dhali, 21, memakai kostum Doraemon ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Ogos lalu. - Gambar hiasan/ Bernama

Cadangan jalan pintas kurangkan risiko kemalangan maut di Terowong Menora
Berdasarkan cadangan, jalan pintas sepanjang 64 kilometer itu bermula dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh dan berakhir di Kuala Kangsar.

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Perkelahan bertukar tragedi, dua beradik lemas ketika mandi sungai
Sebaik menyelamatkan isterinya, adik perempuannya Lee Hui Fen pula lemas kira-kira 10 meter dari lokasi pertama, Jun Suhia kemudian berenang ke arah adiknya namun kedua-duanya tenggelam.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.

Pengunduran Afifi Al-Akiti langkah bertanggungjawab - MB Perak
Keputusan yang dibuat demi menjaga darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.

Jabatan Perhutanan Johor siasat kes pendaki sesat di Gunung Banang Sabtu lepas
Pendaki yang sesat di Gunung Banang dua hari lepas didapati tidak memohon Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal sepertimana yang telah disyaratkan, kata Jabatan Perhutanan Johor.

Pembuat batu nisan maut kemalangan jalan raya
Akibat jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian sebelah kiri kereta yang tiba-tiba membelok ke kanan.

PRU15 | Masih tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat
Usaha untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat adalah tindakan yang tidak sesuai. Itu penegasan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang juga bekas Perdana Menteri menjelaskan, wujud kebimbangan berhubung peningkatan kes COVID-19 sekiranya ia dilaksanakan.

Aplikasi Adil | Selesaikan kelemahan aplikasi, perlicin pemilihan
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR digesa menyelesaikan segera kelemahan aplikasi Adil yang didakwa boleh dimanipulasi dalam proses pemilihan yang sedang berlangsung ketika ini. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan sebarang isu yang boleh mengganggu proses pengundian termasuk kemungkinan aplikasi berkenaan digodam.

Demam Malaria | Terengganu rekod dua kematian sejak Januari
Terengganu merekodkan dua kematian melibatkan jangkitan Malaria Zoonatik sejak Januari sehingga Mei tahun ini. Jelas Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, kedua-dua kes tersebut membabitkan daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

Tahniah Keluarga Malaysia atas pencapaian indeks pemulihan COVID-19 - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata pencapaian itu adalah hasil kerja keras dan semangat penyatuan setiap ahli Keluarga Malaysia, semasa bersama-sama menempuhi pandemik COVID-19.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Pemulihan Nikkei pengiktirafan terhadap PICK
Kedudukan Malaysia pada tempat ke-13 itu merupakan pengiktirafan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Malaysia duduki tempat ke-13 Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei
Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, selepas hampir dua tahun memerangi pandemik COVID-19.