awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan AS: Keputusan untuk kekalkan Akta Hasutan sekat kebebasan bersuara

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
05/12/2014
11:19 MYT
Kedutaan AS: Keputusan untuk kekalkan Akta Hasutan sekat kebebasan bersuara
Whitaker menerangkan bahawa keputusan Najib untuk kekalkan Akta Hasutan adalah seolah-olah dia ialah 'menyekat lagi kebebasan bersuara di negara ini.
Apa yang telah berubah di negara ini dalam tempoh dua tahun sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, sehingga beliau berbalik pada janjinya sekarang?
Ini adalah persoalan yang ditimbulkan oleh Kaunselor Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat(AS)di Kuala Lumpur, Frank Whitaker, semasa mengulas twit Naib Presiden Amerika Syarikat, Joseph Biden yang mengkritik langkah kerajaan Malaysia mengekalkan Akta itu.
Whitaker menerangkan bahawa keputusan Najib untuk kekalkan Akta Hasutan adalah seolah-olah dia 'menyekat lagi kebebasan bersuara di negara ini’.
"Beliau (Biden) berkata demikian bagi pihak Naib Presiden. Ia mencerminkan kebimbangan Amerika Syarikat ke atas Akta Hasutan.
“Kami mempunyai kebimbangan mengenai kebebasan bersuara serta sistem Kehakiman Malaysia. Kami mempunyai kebimbangan bahawa pengumuman Najib menyekat lagi perkara-perkara ini terutamanya dengan dakwaan dan siasatan baru-baru ini di bawah Akta Hasutan.
“Persoalannya, apa yang telah berubah di negara ini dalam tempoh dua tahun yang sejak pengumuman Najib untuk memansuhkan Akta itu, sehingga beliau berbalik pada janjinya sekarang? Kami tidak mahu mengulas apa yang telah berubah , tetapi kerajaan Amerika Syarikat hanya menyatakan kebimbangan kami," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Biden, menerusi akaun Twitternya mempersoalkan Akta itu, dikatakannya bertujuan untuk menyekat pembangkang.
Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan rayuan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti adalah peluang utama untuk Malaysia "membetulkan keadaan serta menonjolkan keyakinan terhadap demokrasi dan sistem kehakiman".
Najib mula-mula mengumumkan rancangan untuk memansuhkan Akta itu pada bulan Jun 2012, untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.
Walau bagaimanapun, semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Najib membuat pengumuman bahawa Akta Hasutan bukan sahaja akan dikekalkan, tetapi, ia juga akan diperkukuh.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#Frank Whitaker
#Kedutaan AS
#najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan