Kedutaan Poland di Malaysia mengedarkan buah kurma kepada anggota polis dan tentera sempena Ramadan, sebagai menghargai tugas mereka mengawal dan menjalankan pemeriksaan di tengah-tengah penuralan wabak COVID-19.

"Kita mengedarkan buah kurma di pusat pemeriksaan polis di Kuala Lumpur. Terima kasih kepada anggota polis dan tentera atas usaha gigih mereka menjaga keselamatan kami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan," kata Duta Poland ke Malaysia, Prof Krzysztof Debnicki kepada Bernama.

Mengulas mengenai situasi COVID-19, beliau berkata Poland antara negara yang mencatatkan kematian paling rendah di Eropah iaitu seramai 500 orang dengan kira-kira 12,000 kes.

-- BERNAMA