awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan AS setuju terima memorandum GSF jam 3 petang ini

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
03/10/2025
06:05 MYT
Kedutaan AS setuju terima memorandum GSF jam 3 petang ini
Serahan memorandum tersebut diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (tengah). -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dilapor bersetuju menerima memorandum bantahan berkaitan penahanan aktivis Misi Global Sumud Flotilla (GSF) di Gaza, pada jam 3 petang ini.

Ringkasan AI
  • Kedutaan AS bersetuju terima memorandum bantahan berkaitan penahanan aktivis GSF pada jam 3 petang ini
  • Serahan diketuai Presiden MAPIM bersama pemimpin aktivis, selepas wakil kedutaan sebelum ini enggan terima atas alasan keselamatan
  • Memorandum tuntut pembebasan aktivis, jaminan keselamatan, dan penolakan pelan pembangunan Gaza oleh Washington

Serahan memorandum tersebut diketuai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim memaklumkan hanya dua individu dibenarkan masuk termasuk Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Maszlee Malik.
“Kita telah pergi ke kedutaan AS bertemu wakil kedutaan mereka menerima memorandum seperti yang kita janjikan semalam, dan pihak Kedutaan AS telah beri jaminan bahawa semua warga mewakili ditahan akan dibawa pulang dengan kadar segera dan jaminan keselamatan akan diberikan,” katanya.
Jelasnya, wakill kedutaan AS bersedia mendengar tuntutan dan akan menyerahkan memorandum daripada rakyat dan beberapa NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Beliau berkata demikian sebelum menyerahkan memorandum tersebut di Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid bersama beberapa pemimpin aktivis mengesahkan bahawa percubaan beliau untuk menghantar memorandum lebih awal sekitar jam 2.30 petang gagal apabila dokumen tersebut hanya dapat dikirim melalui peti surat.
Memorandum itu mengandungi tiga tuntutan utama, iaitu mendesak pembebasan segera semua sukarelawan yang ditahan, jaminan keselamatan aktivis tidak bersenjata, serta penolakan terhadap cadangan Washington mengenai pelan pembangunan Gaza yang dilihat mengetepikan suara rakyat Palestin.
Sementara itu ribuan peserta Himpunan Solidariti Free Sumud Flotilla membanjiri kawasan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti terhadap Global Sumud Flotilla.
Perhimpunan bermula selepas solat Jumaat di Bangunan Tabung Haji sebelum peserta berarak menuju ke kedutaan pada jam 2 petang.
Sebelum ini, pada Khamis, wakil Kedutaan AS dilapor enggan menerima memorandum bantahan tersebut daripada Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim atas alasan keselamatan ketika protes aman di hadapan premis kedutaan, meskipun pihak polis memberi jaminan kawalan penuh di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Muhammad Kamil Munim
#Kedutaan AS
#GSF
#memorandum bantahan
#Mohd Azmi Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan