awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegagalan UNSC tangani situasi Gaza sama sekali tidak hiraukan nyawa manusia - Zambry

Bernama
Bernama
09/12/2023
09:26 MYT
Kegagalan UNSC tangani situasi Gaza sama sekali tidak hiraukan nyawa manusia - Zambry
Zambry menyatakan kekesalan kerana UNSC gagal menerima pakai resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza yang disokong oleh 102 negara, termasuk Malaysia hanya kerana satu undi veto. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kegagalan berterusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menangani situasi meruncing di Gaza secara objektif merupakan satu tindakan yang amat tidak adil dan sama sekali tidak menghiraukan nyawa manusia di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"Saya amat kesal kerana UNSC gagal menerima pakai resolusi menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza yang disokong oleh 102 negara, termasuk Malaysia hanya kerana satu undi veto," katanya dalam hantaran di Twitter (X).
Zambry berkata demikian sebagai mengulas tindakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memveto resolusi PBB untuk menggesa gencatan senjata segera bagi menangani konflik antara Israel dan Hamas di Gaza.
Tindakan itu sekali gus menggagalkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak kerajaan Malaysia turut kesal dengan sikap AS yang masih mempertahankan tindakan pembunuhan anak-anak kecil tanpa sekatan di Gaza.
"Satu dunia menemplak dan membantah (tindakan Israel) dan saya masih kesal dan bantah sikap AS yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan. Saya bagi pihak kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya, membantah terhadap keputusan AS menolak gencatan senjata Majlis Keselamatan (PBB).
"Tolonglah, kita mesti hentikan pembunuhan mereka yang tidak bersalah, orang awam, bayi dan wanita dan tidak terdapat sebab, tiada sebab langsung untuk mana-mana pihak menafikan perkara ini dan sebab itulah saya berasa sedih dengan keputusan melampau ini," kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNSC
#menangani konflik
#gencatan senjata
#tidak adil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan