awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegiatan pelacuran: Pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah

Bernama
Bernama
12/09/2022
10:50 MYT
Kegiatan pelacuran: Pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah
Lee Eng Seng, 45, didakwa hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan empat wanita warga asing di sebuah hotel di Jalan C.Y. Choy, pada 30 Ogos lepas. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang pemandu e-hailing hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sini atas empat pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran.
Mengikut semua pertuduhan, Lee Eng Seng, 45, didakwa hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan empat wanita warga asing di sebuah hotel di Jalan C.Y. Choy di sini, antara 5.55 petang hingga 8 malam pada 30 Ogos lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohammad Khalid AB. Karim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan Lee perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan 13 Okt ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd Shukri manakala tertuduh diwakili peguam Tey Yi Kai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu e-hailing
#pelacuran
#mahkamah
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan