awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran pelajar ke sekolah ikut kaedah penggiliran - KPM

Bernama
Bernama
09/11/2021
03:52 MYT
Kehadiran pelajar ke sekolah ikut kaedah penggiliran - KPM
Kaedah penggiliran itu turut melibatkan kehadiran pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah di lima negeri tersebut.- Gambar hiasan/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan kelas peralihan bagi Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pada 21 dan 22 Nov ini adalah mengikut kaedah penggiliran.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kaedah penggiliran itu turut melibatkan kehadiran pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah di lima negeri tersebut.
"Kehadiran murid di sekolah asrama sepenuhnya adalah tanpa penggiliran. Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga," menurut kenyataan itu.
Semalam, KPM memaklumkan pengoperasian institusi pendidikan di bawah kementerian itu di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah adalah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada 21 dan 22 Nov.
Di Kedah, pengoperasian itu bermula pada 21 Nov, manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah adalah pada 22 Nov.
Institusi pendidikan di bawah KPM turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah kementerian itu bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Sementara itu, KPM berkata pihaknya sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka, sejak dibuka semula pada 3 Okt lepas.
Menurut kementerian itu pengoperasian sekolah didapati berjalan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
"Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa pandemik COVID-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran," menurut kenyataan itu.
Pada 5 Nov lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa semalam (8 Nov).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#sekolah dibuka
#sistem penggaliran
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan