KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kejohanan sukan dengan kehadiran penonton di stadium bermula 1 April ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai percubaan dua kejohanan bola sepak liga Malaysia akan dibenarkan untuk melibat keberkesanan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beikut adalah antara lima perkara penting yang dinyatakan beliau dalam sidang akhbar hari ini (Khamis):

1. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kilang YTY dan asrama pekerja di Setiawan, Perak bermula esok.

2.  PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dilanjutkan sehingga 2 April.

3. Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan ingkar SOP dengan empat daripada mereka direman.

4.  Kejohanan sukan dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan bermula 1 April ini.

5. Rentas negeri hanya akan dibenarkan jika kes menurun kepada 500 kes. Bergantung kepada KKM. 

[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 18 Mac 2021