KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga waris, tetapi ia turut mengubah kehidupan Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu mengakui, kehilangan pesawat malang itu sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya.
Ujar beliau, misteri kehilangan MH370 masih membelenggunya sejak pertama kali menerima berita duka itu.
"MH370 ini bukannya saya ingat sahaja, tetapi ia telah mengubah hidup saya.
"Apa yang saya alami dan lalui daripada pagi 8 Mac 2014 sejak menerima berita kehilangan, sidang akhbar pertama sehingga sidang akhbar akhir, ia masih lagi segar dalam ingatan saya.
"Kadang-kadang termimpi dan mengigau jugalah sebab kita nak tahu apa yang berlaku supaya perkara yang sama tidak akan berlaku," katanya ketika ditemui Astro AWANI, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Azharuddin berkata sebarang spekulasi berhubung kehilangan MH370 perlu dihentikan kerana ia akan mengganggu emosi waris-waris mangsa.
Malah, beliau berharap masyarakat tidak mudah percaya dengan teori yang sengaja digembar-gemburkan mengenai pesawat MH370.
"Pada saya, spekulasi dan dokumentari tidak patut dikeluarkan sebab ini akan menyinggung perasaan waris-waris mangsa.
"Kadang-kadang ia juga menyinggung perasaan orang yang mengendalikan syarikat tersebut. Ini teori sahaja dan teori itu kadang-kadang tak betul," ujarnya.
Sementara itu, mengulas komitmen kerajaan untuk menandatangani kontrak bersama syarikat Ocean Infinity bagi menyambung pencarian MH370, Azharuddin berkata, ia sesuatu yang dinanti-nanti oleh semua pihak khususnya keluarga mangsa.
"Keseluruhan dunia ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi kepada MH370.
"Dengan adanya pencarian oleh Ocean Infinity, dengan peralatan-peralatan terbaharu dan canggih bersama pakar-pakar mereka, kita dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku," tambah beliau.
'Rungkai misteri'
Kesedihan yang dirasai keluarga mangsa mendorong komitmen pelbagai pihak termasuk Kerajaan Malaysia untuk memastikan insiden seumpama MH370 tidak akan berulang.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kerajaan meletakkan sepenuh komitmen untuk memastikan misteri yang menimpa pesawat malang MH370 dapat dirungkai.
"Ini adalah misteri terbesar dalam dunia penerbangan.
"Kita mesti menyelesaikan misteri ini dan kita berharap bahawa pencarian ini akan memberikan hasil yang positif.
"Kita juga berharap ini akan (memberi) jawapan kepada keluarga mangsa. Kita tidak ingin setiap tahun, waris mangsa menyambut ulang tahun ini dengan banyak persoalan dalam fikiran mereka dan tanpa penyelesaian," katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-10 MH370 di Subang Jaya, baru-baru ini.
Pada 4 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengumumkan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 08 2024
Azharuddin mengakui kehilangan pesawat malang itu sebagai kes paling mencabar yang pernah dikendalikannya. - Gambar fail/BERNAMA
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Insiden pokok tumbang: Lima lokasi terlibat sekitar KL - Bomba
Lima lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat pada Isnin.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Kehilangan MH370: Kadang-kadang termimpi, mengigau - Azharuddin
Azharuddin berkata misteri kehilangan MH370 masih membelenggunya sekalipun sudah 10 tahun berlaku.
Organisasi waris MH370 gesa Malaysia dedah radar ketenteraan
Voice 370 turut menyeru mana-mana individu atau pihak yang memiliki sebarang maklumat termasuk laporan risikan mengenai keberadaan MH370 agar tampil ke depan.