awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan paksa Raymond, Amri: PDRM kesal dakwaan Suhakam

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2019
06:25 MYT
Kehilangan paksa Raymond, Amri: PDRM kesal dakwaan Suhakam
Datuk Seri Abdul Hamid Bador pada sidang media sempena Upacara Perbarisan dan Latihan Asas Sijil Tamat Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini. - Foto BERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mengaitkan polis Cawangan Khas dengan kehilangan paksa pastor Raymond Koh Keng Joo dan aktivis sosial, Amri Che Mat.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau sebagai Pengarah Cawangan Khas pada masa ini merasa amat terkesan dengan dakwaan tersebut.
“Dakwaan yang telah dikeluarkan pada hari itu melibatkan dan mengaitkan Cawangan Khas dengan perbuatan yang terang-terang salah di sisi undang-undang.
“Saya yakin Tan Sri Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini akan memberikan komen atau mengeluarkan kenyataan untuk menjawab segala apa yang telah dibangkitkan oleh Suhakam itu,” katanya dalam sidang media sempena Upacara Perbarisan dan Latihan Asas Sijil Tamat Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.
Menurut Abdul Hamid, tindakan Suhakam itu turut mendapat kecaman daripada segelintir pengamal undang-undang.
Jelasnya lagi, ada yang mengatakan Suhakam tidak sepatutnya bertindak sedemikian iaitu mendedahkan dapatan kepada umum sebelum mengangkat apa juga maklumat itu kepada pihak berkuasa namun ada juga pengamal undang-undang yang bersetuju dengan tindakan mereka itu.
BACA: Kehilangan paksa Raymond, Amri: Suhakam gesa tubuh Jawatankuasa Khas Siasatan
Sebelum ini, Suhakam mendakwa Cawangan Khas PDRM bertanggungjawab terhadap kehilangan paksa Raymond dan Amri.
Kesimpulan itu dibuat hasil inkuiri awam terhadap kehilangan dua individu berkenaan yang bermula Oktober 2017.
Dalam perkembangan yang sama, Abdul Hamid berkata, satu jawatankuasa siasatan sudah pun ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan Suhakam sebelum ini untuk menyiasat kehilangan kedua-dua individu tersebut.
Tambahnya lagi, polis juga sudah memberi kerjasama dengan mengadakan saksi-saksi untuk disoal sewaktu sesi inkuiri awam tersebut.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Amri Che Mat
#Cawangan Khas PDRM
#kehilangan paksa
#Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#Raymond Koh Keng Joo
#Suhakam
#suruhanjaya hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan