MELAKA: Landskap Pulau Besar yang selama ini boleh dianggap "membosankan" bakal diceriakan dengan kehadiran bunga "sakura" Malaysia atau tekoma yang dirancang untuk ditanam oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak lama lagi.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata perancangan tersebut dirasakan sesuai dalam usaha membangunkan sektor pelancongan dan tidak mustahil pengindahan landskap itu mampu mengubah Pulau Besar menjadi seperti Pulau Jeju di Korea Selatan.
"Kita sedar pokok ini mempunyai tarikan yang tersendiri dan sebab itulah timbul cadangan untuk menanamnya di Pulau Besar. Kita mahu ubah landskap Pulau Besar itu yang dari dulu hingga sekarang, sama saja.
"Jadi selepas ini apabila tiba musim pokok tekoma berbunga, kita sudah ada satu tempat khusus atau 'hot spot' untuk pengunjung mengabadikan keindahan bunga dan suasana yang dikatakan seumpama di Korea Selatan atau Jepun itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sejak beberapa hari lepas, pokok dengan nama saintifiknya 'Tecoma stans' daripada keluarga Bignoniaceae yang berasal dari benua Amerika itu mula mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih seperti sakura, sekali gus mengindahkan lagi pemandangan di bandar raya ini.
Suasana serupa turut dapat "dinikmati" di beberapa kawasan di ibu negara serta di Alor Setar, Kedah sehingga menarik masyarakat setempat untuk mengabadikan memori di bawah pokok tersebut.
Jelas Zainal, pihaknya bercadang menanam lima hingga enam batang pokok di satu-satu tempat di beberapa kawasan terpilih di pulau itu dan perancangan akan dibuat bersama-sama pakar.
Selain Pulau Besar, beberapa kawasan lain juga dikenal pasti untuk ditanami pokok tekoma seperti Bukit Serindit, Taman Bunga Merdeka, kawasan rekreasi serta sepanjang jalan raya yang dirasakan sesuai kerana MBMB tidak mahu berdepan masalah pembersihan selepas bunga itu gugur, katanya.
Bukan itu saja, menurut Zainal pihaknya juga sedang meneliti beberapa jenis pokok lain yang boleh ditanam sebagai penyeri tambahan kepada pokok tekoma tersebut.
"Setakat ini, kita rasa pokok kelat paya atau Eugenia papilose berpotensi ditanam kerana mudah dibentuk, rimbun dan tinggi. Paling utama, pokok itu tidak merosakkan struktur longkang dan mudah dijaga," jelasnya.
Menurut Zainal, keistimewaan pokok itu ialah daunnya mempunyai beberapa peringkat warna iaitu warna hijau tua (daun matang), hijau muda (daun muda) dan unggu kemerahan (pucuk daun).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 28 2021
Keindahan Sakura Malaysia yang mengeluarkan bunga berwarna putih dan merah jambu menarik perhatian pengguna jalan raya termasuk pelancong. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Keindahan bunga 'sakura' bakal warnai Pulau Besar
Landskap Pulau Besar yang selama ini boleh dianggap "membosankan" bakal diceriakan dengan kehadiran bunga "sakura" Malaysia.
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing bakal dinaik taraf libat RM200 juta
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.
Pulau Besar akan kekal 'syirik' jika tidak dibangunkan
Kerajaan negeri yakin penjenamaan semula Pulau Besar di sini, akan melenyapkan panggilan 'Pulau Syirik' yang sering terkenal dengan aktiviti khurafat di negeri ini.
Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.
Nikmat indah taburan pulau bak permata di perairan Mersing
Kunjungan ke beberapa buah permata berharga di perairan Johor khususnya di daerah Mersing membuka mata tentang potensi pelancongan pulau di negeri itu.
Projek 'monopole' TNB bawa peluang pelaburan ke Pulau Besar
Pulau Besar, Melaka kini mempunyai potensi yang lebih besar untuk menarik pelabur dalam pelbagai sektor. Ia dengan siapnya projek bekalan elektrik melalui talian penghantaran atas oleh TNB.