Kejayaan Azrulkhan Hasrullah yang menjadi pendaki kudung kedua-dua kaki pertama dari Malaysia yang berjaya sampai di Kem Induk Everest pada Selasa lepas diharap mampu menjadi contoh kepada golongan istimewa yang lain.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Adam, berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.
Ditemui media ketika selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini malam tadi, Adam berkata beliau bersyukur dapat menghabiskan misi yang pertama seumpamanya di dunia itu dengan jayanya.
"Buat masa ini tiada lagi pendaki yang berjaya sampai ke Kem Induk Everest dengan cara mengengsot dan kejayaan saya ini turut dibantu oleh ahli pasukan saya," katanya.
Adam, 26 tahun, memulakan pendakian dari Lukhla, Kathmandu, Nepal pada 1 Mei lepas.
Misi yang dijayakan Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Kem Induk Everest 2018 itu diketuai oleh Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.
Turut hadir menyambut ketibaan beliau, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selaku penaja ekspedisi Adam.
Adam berkata kehadiran beliau sebagai pendaki orang kurang upaya (OKU) turut menarik perhatian warga tempatan di sana.
"Bagi saya golongan OKU di Malaysia mempunyai kemajuan tersendiri seperti rakyat Malaysia yang lain tetapi ketika di Nepal masyarakat di sana terkejut hingga keluar dari rumah mereka untuk melihat keadaan saya yang mahu mendaki," katanya.
Malah katanya, kejayaan beliau kali ini diharap mampu memberi ruang dan semangat kepada golongan OKU lain di negara ini untuk lebih menyumbang kepada negara.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 19 2018
Adam (tengah) bergambar kenangan bersama rakan-rakan sejurus tiba di KLIA malam tadi. Turut kelihatan, Muhamad Muqharabbin. Gambar kecil: Adam (berkerusi roda) melambai tangan. --fotoBERNAMA
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Lelaki menang loteri nekad tikam isteri, bunuh 2 anak apabila rahsia terbongkar
Kedua-dua anaknya, Adam, 11, dan Matthew, 5, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berpegangan tangan.
'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi
Filem aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia yang berjudul 'Sangkar', tampil dengan trailer rasminya hari ini.
Kaka Azraff bakal nikah hari ini?
Wah tahniah Kaka Azraff dan Adam!
Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.
Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini
Band terkenal Indonesia, Sheila On 7 kembali mengadakan konsert di StarXpo Centre KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.
Fiza Elite kecewa dituduh sebagai punca rumahtangga bergolak
Fiza meminta supaya orang ramai tidak bertanyakan lagi soalan-soalan berkaitan kontroversi mengenai pergolakan rumahtangga mereka.
Rumahtangga didakwa bergoyah, Adam AF2 tidak mahu komen
Jelas Adam dia memohon semua pihak berikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya itu.