awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekal sokong Tun Mahathir, Anwar jadi PM lepas 2 tahun - PKR

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2019
11:51 MYT
Kekal sokong Tun Mahathir, Anwar jadi PM lepas 2 tahun - PKR
Seluruh kekuatan parti perlu disalurkan ke arah menyokong usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengukuhkan ekonomi dan mengatasi masalah rakyat termasuk isu kos sara hidup. - Gambar fail/BERNAMA
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa pendirian parti itu kekal dan tidak berubah dalam menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan, Majlis Pimpinan Pusat PKR turut menegaskan bahawa seluruh kekuatan parti perlu disalurkan ke arah menyokong usaha Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan ekonomi dan mengatasi masalah rakyat termasuk isu kos sara hidup.
"Keadilan berpegang teguh kepada persetujuan yang telah dicapai dan diumumkan pada 7 Januari 2018, di mana Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas tempoh 2 tahun.
"Keadilan menegaskan bahawa pendirian parti dalam perkara ini tidak berubah," memetik kenyataan Majlis Pimpinan Pusat PKR selepas mengadakan mesyuarat bulanan hari ini.
Kepimpinan PKR Pusat juga menegaskan perpaduan dan kesepakatan Pakatan Harapan harus dipertahan dan menolak keras segala tohmahan yang cuba melaga-lagakan pimpinan dan melemahkan kerjasama erat dalam kalangan Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ekonomi
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan