MALAYSIA
Kekang pengaruh Daish dalam anggota ATM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Anggota Parlimen Sembrong dan isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim pada Majlis Ria Aidilfitri Parlimen Sembrong. - Gambar Bernama
Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dipertanggungjawab memastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bebas daripada pengaruh Daish.
Ia merupakan antara enam langkah proaktif yang digariskan Kementerian Pertahanan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan mendepani dakyah kumpulan militan tersebut.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata setiap anggota tentera mempunyai amanah dan tanggungjawab menjaga keamanan negara dan ia tidak boleh dikhianati.
Datuk Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO bahagian Sembrong di sini hari ini.
“Satu pun dah terlalu banyak kerana kita sudah meletakkan amanah dan tanggungjawab di atas kepala anggota keselamatan kita dan sekiranya mereka menderhaka mengkhianati dari memikul tanggungjawab amanah itu, jadi seorang pun sudah terlalu ramai dalam ancaman Daish ini.
Lima langkah lain ATM dalam meningkatkan kesiapsiagaan termasuk mengetatkan kawalan sempadan, rondaan bersama pelbagai agensi, memperkukuh keselamatan laut, memperkasa keselamatan Sabah dan perkongsian maklumat risikan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami